Tarikh : 8hb Ogos 2015
Akibat angin kuat petang tu, sebatang pokok nyok dah tumbang kena bahagian tepi rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Masa tu, aku, Mak, Aina dan Wani ada kat ruang tamu tengah tengok TV. Memang terkejut sangat. Aina sampai pucat lesi muka. Nasib kayu alang tak yang patah tak kena Mak. Bilik aku pun bocor. Kelam kabut angkat barang-barang sebab hujan.
Malam tu barulah pihak bomba sukarela Berapit mai potong batang pokok nyok. Risau gak kalau biaq macam tu. Malam tu, aku dan Wani tidoq rumah Tok aku yang depan rumah. Aina ikut adik aku tidoq sana.
Apapun yang terjadi, redha. Ujian Allah untuk kami sekeluarga.
0 comments:
Post a Comment