Just nak share apa Aina lukis last week. Memang Iera perasan Aina suka melukis berbanding menulis. Pantang ada kertas dan pen/pensil, Aina pasti melukis ( mybe, terikut-ikut..Iera still melukis dari dulu sampai sekarang )..Walau cuma lukis orang kartun tapi bagi Iera, ia cukup seni dan bermakna. Setiap satunya ada jalan cerita.
Kata Aina dalam loghat budak tapi Iera dah formalkan sikit: 'Kiri mama, tengah Aina, kanan abah. Rambut abah pacak. Aina rambut pendek dan rambut mama hitam. Hati tu, kasih sayang.' Sweet kan..
Yang ini pula Aina cakap : 'Ini mama..mama menangis sebab abah marah mama. Hati mama sakit sebab tu terbelah. Matahari tu untuk mama..Mama nak cahaya supaya abah tak marah mama lagi.'
Yang terakhir : 'Hati mama terbelah. Mama sedih sebab abah tinggal mama. Tapi mama bintang hati Aina.'
*Aina semakin membesar..semakin mengerti walau tak memahami..
Come back berlakon gerak khas finale
3 years ago
0 comments:
Post a Comment