Followers

Friday, April 3, 2015

463. Kepercayaan

Posted by Iera at 6:04 PM 0 comments
 
 
Rasa frust sangat bila percayakan seorang kawan yang jadi tempat luah semua isi rasa tapi dalam diam rupanya dia dah bocor semua rahsia tu kepada orang lain. Mungkin aku juga salah sebab terlalu percayakan seseorang hanya kerana dia rapat dengan aku. Ini pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati.
 
 

Monday, February 23, 2015

462. Hati Malam Ini..

Posted by Iera at 1:52 AM 0 comments

Tipulah kalau aku tak terasa dengan semua itu.. Tapi apa mampu aku buat hanyalah pendam semuanya dalam hati.. Dan hati pun menangis..

Saturday, February 7, 2015

461. Bertukar

Posted by Iera at 9:14 AM 0 comments

"At some point, you have to realize that some people can stay in your heart but not in your life.. Some memories can never be replaced..Will miss u... Thanks for being such a wonderful 'friend'.. " Always success at new place, my bff..

#sayangyou

Saturday, January 24, 2015

460. Kasut

Posted by Iera at 11:56 AM 0 comments

Sabtu lepas cari kasut di Megamall Penang.. Memang ada sales tapi aku tak berkenan. Sampai kat sebuah kedai tu..ternampak kasut ni.. Apalagi terus rembat 2 pasang. Aku memang suka design yang pelik..yang lain dari orang lain.. nampak tak kasut yang tajam-tajam tu..memang tajam pun bila terkena kaki...

Friday, January 16, 2015

458. Happy Birthday

Posted by Iera at 11:17 PM 0 comments

14th Januari..

Happy Birthday untuk sahabat yang kini menjauh.. Doa tak pernah putus untuk dia..doa moga dia sentiasa dalam lindungan Allah Taala...

Saturday, January 3, 2015

457. Cuti

Posted by Iera at 12:35 AM 0 comments

Saja apply cuti tahun dari 26hb hingga 4hb. Ni kira 1st time aku cuti panjang macam ni. Si Aina dok lorat tanya aku..mama tak keje ke.. yelah..naik hairan dia.. bangun pagi aku ada.. Memang tak bawak Aina ke mana. Duduk di rumah dan keluar dekat-dekat je. Tapi sempat try buat Kek Butter dan Popia Nestum dengan adik aku, Wani. Alhamdulillah, menjadi.

Friday, December 12, 2014

455. Aku Rindu Dia

Posted by Iera at 1:14 PM 0 comments
 

Kalau aku sedang bahagia..aku ingin dia sama rasa bahagia itu. Setelah bertahun dia bersamaku ketika duka.

Kalau aku ada berita gembira..aku ingin dia yang pertama mendengarnya. Kerana dia yang pertama mendengar kisah sedihku.

Meski dia sedang membenciku..meskipun dia sudah tiada rasa sayang itu.. Aku takkan sesekali membuang rasa dan lupakan semuanya.

Doaku tidak pernah putus untuk dia yang kian jauh meninggalkanku..

Sayang itu ku simpan erat dihati..rindu itu sentiasa ku dakap tika mimpi..   

Wednesday, December 10, 2014

453. Happy Birthday my love, Aina..

Posted by Iera at 10:01 AM 0 comments
Majlis : Hari Jadi Aina yang ke 8 tahun
Tempat : Rumah adik aku di Alma
Tarikh : 2.12.2014

Sangat simple. Hanya majlis kecil untuk anak sedara yang seramai 6 orang tu. Yang penting Aina happy.



 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea