Kenapa le tahun ni corak kain semuanya tak berkenan di mata aku. Aku rasa macam semak sangat...Dah la warna ntah apa-apa. Corak untuk baju kurung dan baju kurung moden pun sama. Naik berpinau mata aku. Niat dihati nak beli baju siap dah tapi nampak gayanya kena tempah la jugak.. Nasib baik aku dah pi booking 1 kedai kat BM tu..kira depa tunggu aku hantar kain je..
Sabtu dan Ahad ni kena pulun la carik kain tu..Aduh..tension!!!
Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti10 years ago
-
Short update10 years ago
-
Zahira dah 5 bulan11 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #112 years ago
-
Rizalman for Zalora13 years ago
-
-
SEMENTARA15 years ago
-
Seorang Wanita Itu....15 years ago
-
Thursday, July 29, 2010
Wednesday, July 28, 2010
178. Update

1. Terkejut malam tu bila bekas mak mentua aku yang dah bertahun tak jejak kaki ke rumah aku tiba-tiba datang hantar buah durian untuk Aina. Mak aku pun terkejut sama. Memang la aku still baik lagi dengan family ex tapi rasanya last dia datang rumah aku masa raya 2007..lepas tu tak dah..Dan aku pun dah lama tak pi rumah dia. Bekas mak mentua aku tak sangka Aina sebijak tu dan mulut tak reti diam. Pandai bercakap dan pintas apa orang cakap. Anak sapa la tu eh..
Apa pun thanks untuk belas mak mentua aku tu yang sudi datang walaupun tengah hujan lebat semata-mata nak hantar durian favourite Aina..
2. Masa on the way balik dari dengan Aina dan ex petang kelmarin, Aina yang memang tak reti diam mulutnya berkata :
Aina : Abah..abah..Na tak sayang mama dah..Na sayang abah sorang saja.
Aku : Aik, tak sayang mama dah ka? ( Amboi2..Anak aku ni...statement bahaya ni )
Aina : Ya la..
Aku : Mana boleh macam tu..Kena sayang mama jugak la..Mama yg jaga Aina..tido dengan Aina.
Aina : Tak mau, Na nak sayang abah sorang saja..
Terkelu aku dengar. Walaupun Aina tu budak kecik lagi tapi ni dah kira statement 'maut' kat aku..Nanti dia set kat otak dia yang dia hanya sayangkan abah dia sorang dan aku tak sayangkan dia lagi..
Tuesday, July 27, 2010
Saturday, July 24, 2010
176. Terkilan

Memang aku tengah ralat sangat dengan seorang kawan ni. Dari semalam sampai ke sekarang aku masih lagi rasa macam ni. Aku ada minta tolong seorang kawan buat logo untuk nursery tempat Wani bekerja. Simple je logo tu. Lagipun idea datang dari aku. Tak tahu la apa maksud TOLONG pada 'dia'. Bila dah siap, 'dia' send email. Baca je email tu terus berderau darah aku sebab dia minta aku bayar RM60 untuk logo yang 'dia' buat tu. Aku boleh bayar RM60 tu. Apalah sangat kan tapi aku cukup terkilan dengan 'dia'. Dah la hari tu mintak aku beli baju event 'dia'..Cara bertanya macam nak bagi je..rupanya mintak aku bank in duit untuk harga baju tu..baik aku beli je FILA..Memang la kat dunia ni tak ada benda yang free tapi aku ada alasan kenapa aku rasa terkilan.
1. 'Dia' minta aku tolong buat dan edit ucapan untuk event BESAR 'dia' tu. Free je aku buat. Dah la guna time lunch aku..time keje aku..
2. 'Dia' suruh aku promote website photography 'dia' tu..send email kat orang..letak banner kat blog aku ( dh remove 4 bln lepas ) supaya 'dia' dapat customer..free jugak aku buat..masa yang sepatutnya aku buat keje aku dah habis sebab nak tolong 'dia' atas dasar kawan.
3. 'Dia' mintak aku edit ayat-ayat kat website..ayat-ayat untuk testimoni customer..pendek kata kebanyakan note-note 'dia' aku yang edit ( aku dah stop beberapa bulan lepas )..itu pun free jugak aku buat. Tak mintak bayaran satu sen pun. Dah la ambik masa aku..perah otak aku..
Ini baru sekali aku mintak tolong 'dia'...dah charge aku..so, kalau macam tu aku kena charge balik semua PERTOLONGAN aku kat dia selama ni..Wani dan Ida pun rasa tak percaya sebab selama ni apa saja yang aku buat keje untuk 'dia' mereka tau..Wani sound aku :
'Itulah hang..baik dengan orang sangat..orang langsung tak ingat kat hang..lain kali nak baik dengan orang berpada-pada..'
Inilah pengajaran..Aku akan beringat selepas ni..Dan sampai sekarang, aku rasa terkilan sangat..
Categories
Kawan
Wednesday, July 21, 2010
175. Berakhir Sudah Semuanya
Bulan Madu Dalam Hempedu
Bagaimana pun janji kau lafazkan
Dirimba hatinya lara..
Kekadang menentang diriba meronta
Kemanakah arah..
Sejuta harapan dalam kehancuran
Terhina hati mulia..
Kasih kuberi kan racun kau hulurkan
Dimana janjimu..
Kini madu bertukar hempedu
Pastinya itu yang kau mahu
Kesabaranku punya batasan
Bertahun tahun merelakan semua...
Biarpun pedih aku relakan
Berlaku kejam aku terpaksa
Demi cintaku merah menyala
Engkau terpaksa aku lepaskan....
Biarlah ini satu dugaan
Dalam menempuh arus percintaan
Tiada gunanya kita bersama
Jika impian kita berbeza..
Naz,moga terus tabah..terus cekal walau sepahit mana pun menelan rasa luka itu..
174. Rezeki di Pagi Selasa
Alhamdulillah, pagi kelmarin company aku dengan berbesar hati bagi Voucher RM10, 2 keping tiket wayang dan 1 biji apple merah. Voucher tu hanya untuk KFC, Pizza Hut or Ayamas. Tiket wayang pulak boleh tengok cerita apa saja. Dan sebenarnya ada 1 lagi berita gembira tapi itu adalah rahsia. Semuanya rezeki..
Categories
Kerja
Monday, July 19, 2010
173. Catatan Hati

Hidup ini bukanlah semudah yang disangkakan..bukan juga sesenang yang dirasakan. Apa yang penting, menolak segala rasa luka lalu bangkit semula dengan hidup baru..semangat baru..Kenangan tu, memang la susah untuk dikikis dari ingatan..Dah nama pun kenangan..mesti la terpahat lagi kat memory..
Ada suatu hari tu, kita terasa emo lalu berderet-deret ayat luka kita tulis..ada satu hari tu, terasa bengang..lalu berkajang-kajang la rasa marah..ada suatu hari juga..kita rasa yakin..lalu berkobar-kobarlah semangat..semua itu akan membuatkan orang tertanya-tanya dan berkata :
'Apa la dia ni..sekejap jiwang..sekejap brutal..'
Tapi berpaling kepada kenyataannya..kita adalah manusia biasa..yang ada pelbagai rasa..hanya kita yang akan mengawal semua rasa itu tiap kali ia singgah kat hati kita..Kalau kita fikir, kitalah yang paling terluka dan sengsara sehinggakan pernah terdetik kat hati kita dah tak sanggup untuk hidup lagi..tapi sebenarnya ada orang yang lebih merana dari kita..Kita cukup bertuah kerana kita ada family yang selalu berada di belakang kita, kita ada kawan-kawan rapat yang sentiasa susah senang dengan kita..dan kita ada kawan-kawan FB, kawan-kawan blogger yang selalu memberi semangat kepada kita..
Hidup kita akan jadi lebih baik bila kita pernah tersungkur..hidup kita akan bertambah yakin bila kita jatuh terhumban..duri-duri yang mencakar tubuh kita memang pedih tapi semua itu akan terubat bila kita lihat kedudukan kita sekarang..Malah kita akan terasa megah dengan apa yang kita miliki saat ini..
Inilah hasil dari rasa luka itu..
Categories
Soal Hati
Thursday, July 15, 2010
172. Mimpi Semalam
'Jemari terluka memetik gitar, mengalun melodi indah rasa cinta..'
Semalam aku bermimpi..dan di dalam mimpi tu aku menulis ayat ni..bila bangun pagi, aku masih lagi nampak ayat-ayat ni bermain-main di depan mata..sehingga kini aku masih lagi tak lupa..
Pertama kali ia berlaku dalam hidup ku...Apakah ini?
Semalam aku bermimpi..dan di dalam mimpi tu aku menulis ayat ni..bila bangun pagi, aku masih lagi nampak ayat-ayat ni bermain-main di depan mata..sehingga kini aku masih lagi tak lupa..
Pertama kali ia berlaku dalam hidup ku...Apakah ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)
