Followers

Wednesday, June 17, 2015

481. Aina

Posted by Iera at 3:22 PM 0 comments

 
Tarikh : 16 Jun 2015
 
 
Dah besar pun Aina. Sekejap saja masa berlalu. Lagi 2 inci dah nak sama tinggi aku. Ramai yang kata..macam adik aku saja bila kami jalan berdua. Yelah..aku kan rendah.. Apa yang aku lakukan sekarang semuanya untuk Aina. Biar siapa pun dihati aku..Aina tetap menjadi keutamaan. 

480. Terjawab

Posted by Iera at 3:16 PM 0 comments
Tempat : Hospital Besar Pulau Pinang & Klinik Kesihatan Macalister
Tarikh : 16 Jun 2015
 
Akhirnya, persoalan yang selama ini bermain di fikiran aku terjawab. Sakit yang aku rasa sejak dari sekolah menengah rupanya sakit biasa. GASTRIK! Aku dah pi scan dan itu jawapan doktor. Tapi aku masih tak betul-betul yakin dengan jawapan tu. Sebabnya aku yang tanggung kesakitan tu dan still rasa sampai sekarang meskipun tak betul-betul sakit. Doktor lebih pakar dalam hal ini tapi aku masih was-was. Kalau sekali lagi aku sakit teruk macam tu lagi, aku nak try ke Hospital lain pulak. Sekarang ni, biarkan dulu..
 
 

Saturday, June 13, 2015

479. Kami Hari Ini

Posted by Iera at 7:16 PM 0 comments

Dah lama tak selfie berdua. Budak debab ni ikut mood jugak.. Hari ni mood tengah ok..mau la ber selfie. Kalau tak,jangan haraplah...

Thursday, June 11, 2015

478. Aku

Posted by Iera at 1:37 PM 0 comments
 
 
Aku sedang berjalan di atas kelikir tajam. Sakitnya teramat.. Tapi aku bahagia.. Dan aku memilih untuk terus berjalan di atas kelikir itu meskipun di depan aku terbentang jalan lurus...

477. Sukan Tahunan

Posted by Iera at 1:30 PM 0 comments
 
Tarikh : 30 Mei 2015
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
 
Pagi tu cuma hantar Aina je. Sebab lepas tu ada keje nak kena buat. Tapi pukul 11 pagi, aku tetap ke Padang MPSP tu untuk ambik Aina. Tak tahu pun Aina dapat jugak hadiah. Aina sendiri pun tak tau. Tengok nama dia di panggil. Alhamdulillah, walaupun tempat ketiga untuk acara Lontar Peluru..itu sudah cukup. Kira Aina aktif berbanding aku masa sekolah dulu. Tiap-tiap tahun Aina bawak balik hadiah.. Tahniah, sayang..
 
Tapi..lepas balik tu..memang Aina kena usik dengan semua orang. Sebabnya..sesuailah badan  Aina dengan acara dia masuk tu. Tapi Aina jenis slamber..dia buat tak tau ja..

Monday, May 25, 2015

476. Spy Movie

Posted by Iera at 1:50 PM 0 comments
 
Date : 23.5.2015
Tempat : 1st Avenue
 
Cite ni memang best..lawak giler.. Lakonan Melissa McCarthy. Dari start movie sampai abis, memang tak kering gusi je gelak.. Tak rugi pi tengok..
 
*Thanks untuk orang tu yang bawak kita pi tengok cite ni..

Wednesday, May 20, 2015

475. Dia Yang Membenci

Posted by Iera at 4:28 PM 0 comments
Kepuraan yang mana aku harus selindungkan dari semua orang.. Kesedihan yang mana aku perlu tutup pada wajah ini sedangkan semua jelas terpancar.. Tapi manusia yang penuh ego itu, langsung tak memandang aku. Lupa terus pasal semua. Benar kata dia, jangan terlalu sayang padanya..bila tiba masanya dia membenci..dia akan memandang penuh hina. Tak apalah.. aku terima jika bagi dia itu aku cukup hina. 

474. Syaz Buffet Steamboat & Grill

Posted by Iera at 4:19 PM 0 comments


Tarikh : 13.5.2015

Tempat : Syaz Buffet Steamboat & Grill, Bandar Prai Jaya
Harga : RM29.90 seorang (dewasa)
 
Tunaikan janji nak makan steamboat dengan my bff. So, malam tu menghadap la kami dua steamboat sampai mengah.. Kat sini tak ramai sangat orang. Boleh makan dengan aman.. Kat 2 jam jugak dok menelan tu ini. Dah kenyang..balik tidur ja..
 
*Thanks ye my Pak Cik sebab selalu makan steamboat dengan I.. Sapa Pak Cik tu..oopss..jangan gossip..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea