Aku sedang berjalan di atas kelikir tajam. Sakitnya teramat.. Tapi aku bahagia.. Dan aku memilih untuk terus berjalan di atas kelikir itu meskipun di depan aku terbentang jalan lurus...
Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti10 years ago
-
Short update10 years ago
-
Zahira dah 5 bulan11 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #112 years ago
-
Rizalman for Zalora13 years ago
-
-
SEMENTARA15 years ago
-
Seorang Wanita Itu....15 years ago
-
Thursday, June 11, 2015
477. Sukan Tahunan
Tarikh : 30 Mei 2015
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
Pagi tu cuma hantar Aina je. Sebab lepas tu ada keje nak kena buat. Tapi pukul 11 pagi, aku tetap ke Padang MPSP tu untuk ambik Aina. Tak tahu pun Aina dapat jugak hadiah. Aina sendiri pun tak tau. Tengok nama dia di panggil. Alhamdulillah, walaupun tempat ketiga untuk acara Lontar Peluru..itu sudah cukup. Kira Aina aktif berbanding aku masa sekolah dulu. Tiap-tiap tahun Aina bawak balik hadiah.. Tahniah, sayang..
Tapi..lepas balik tu..memang Aina kena usik dengan semua orang. Sebabnya..sesuailah badan Aina dengan acara dia masuk tu. Tapi Aina jenis slamber..dia buat tak tau ja..
Monday, May 25, 2015
476. Spy Movie
Date : 23.5.2015
Tempat : 1st Avenue
Cite ni memang best..lawak giler.. Lakonan Melissa McCarthy. Dari start movie sampai abis, memang tak kering gusi je gelak.. Tak rugi pi tengok..
*Thanks untuk orang tu yang bawak kita pi tengok cite ni..
Wednesday, May 20, 2015
475. Dia Yang Membenci
Kepuraan yang mana aku harus selindungkan dari semua orang.. Kesedihan yang mana aku perlu tutup pada wajah ini sedangkan semua jelas terpancar.. Tapi manusia yang penuh ego itu, langsung tak memandang aku. Lupa terus pasal semua. Benar kata dia, jangan terlalu sayang padanya..bila tiba masanya dia membenci..dia akan memandang penuh hina. Tak apalah.. aku terima jika bagi dia itu aku cukup hina.
474. Syaz Buffet Steamboat & Grill
Tarikh : 13.5.2015
Tempat : Syaz Buffet Steamboat & Grill, Bandar Prai Jaya
Harga : RM29.90 seorang (dewasa)
Tunaikan janji nak makan steamboat dengan my bff. So, malam tu menghadap la kami dua steamboat sampai mengah.. Kat sini tak ramai sangat orang. Boleh makan dengan aman.. Kat 2 jam jugak dok menelan tu ini. Dah kenyang..balik tidur ja..
*Thanks ye my Pak Cik sebab selalu makan steamboat dengan I.. Sapa Pak Cik tu..oopss..jangan gossip..
Wednesday, May 13, 2015
473. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Date : 7th Mei 2015
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Hitam ink tu seminggu baru nak hilang. Itu pun kena kerap main air baru lah boleh keluar. Semua dah tahu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR menang pilihanraya ni mengalahkan Suhaimi Sabudin dari BN. Tapi memang dasyat betul pilihanraya kali ni. Dari rumah aku ke Penanti ambik masa 2jam setengah untuk sampai sedangkan hari biasa cuma 15 minit je. Kaki sakit toksah kira dok tekan clutch dan brek. Malam tu pengsan...
Categories
Other
472. Moga Dia Bahagia Kat Sana
Ni 'adik' aku punya kejelah. Dia copy balik status WhatsApp aku pastu sent balik kat aku. Sebabnya, dia dapat bertukar ke cawangan lain. Bila mula-mula baca tu..tak rasa apa. Yelah..dah status aku yang tulis kan. Tapi bila hayati balik, tangkap syahdu pulak.. Lepas ni, kami dah tak keje satu bangunan dah. Dah tak boleh nak main ngendap-ngendap dah, lawan sent photo motorsikal dan kete dah dan macam-macam.. Sebelum ni, ada gak modal nak hilang stress.. boleh jugak dok kacau-kacau.. Aku kan kaki usik..hehe..
Untuk 'adik' aku tu..aku doakan dia Berjaya kat tempat baru..moga dia bahagia kat sana dan tak stress lagi.. Jangan risau, akak awak ni tak cari 'adik' lain la..(pasal tak ada calon sesuai lagi..hehe..). Kenangan dengan awak selama setahun lebih sangat bermakna. Walau baru sekejap tapi terasa macam dah lama..
Categories
Kawan
471. The Avengers Age Of Ultron
Date : 4th Mei 2015
Tempat : 1st Avenue
Ada member nak belanja. Planning dah lama tapi baru berkesempatan nak pi. Itu pun awalnya macam tak jadi. Kebetulan cuti 4 hari ni Aina tak ada. Tidur rumah adik aku, dapat la pi jugak tengok. Akhirnya berjumpa jugak dengan member aku tu. Ada insiden lucu sedangkan tu 1st time nak jumpa member tu. Tapi, dia steady je. So, aku pun buat biasa. Mulanya ingat nak tengok yang pukul 2 petang tapi dah dia nak tengok yang 3D nya. So, kena tunggu lah. Tapi ada jugak peluang nak bersembang lebih. Memang enjoy abis tengok cite ni. Aku kalau menghadap movie, memang layan abis.. Sebab aku nak tau kesudahannya. Apa guna bayar mahal kan.. So far, oklah.. Abis pukul 5.30 petang terus balik. Memang plan macam ni sebelum jumpa. Lagipun, aku nak ambik Aina pulak kat rumah adik aku.
Untuk member aku tu, tq sebab belanja aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)






