Followers

Saturday, January 3, 2015

457. Cuti

Posted by Iera at 12:35 AM 0 comments

Saja apply cuti tahun dari 26hb hingga 4hb. Ni kira 1st time aku cuti panjang macam ni. Si Aina dok lorat tanya aku..mama tak keje ke.. yelah..naik hairan dia.. bangun pagi aku ada.. Memang tak bawak Aina ke mana. Duduk di rumah dan keluar dekat-dekat je. Tapi sempat try buat Kek Butter dan Popia Nestum dengan adik aku, Wani. Alhamdulillah, menjadi.

Friday, December 12, 2014

455. Aku Rindu Dia

Posted by Iera at 1:14 PM 0 comments
 

Kalau aku sedang bahagia..aku ingin dia sama rasa bahagia itu. Setelah bertahun dia bersamaku ketika duka.

Kalau aku ada berita gembira..aku ingin dia yang pertama mendengarnya. Kerana dia yang pertama mendengar kisah sedihku.

Meski dia sedang membenciku..meskipun dia sudah tiada rasa sayang itu.. Aku takkan sesekali membuang rasa dan lupakan semuanya.

Doaku tidak pernah putus untuk dia yang kian jauh meninggalkanku..

Sayang itu ku simpan erat dihati..rindu itu sentiasa ku dakap tika mimpi..   

Wednesday, December 10, 2014

453. Happy Birthday my love, Aina..

Posted by Iera at 10:01 AM 0 comments
Majlis : Hari Jadi Aina yang ke 8 tahun
Tempat : Rumah adik aku di Alma
Tarikh : 2.12.2014

Sangat simple. Hanya majlis kecil untuk anak sedara yang seramai 6 orang tu. Yang penting Aina happy.



Sunday, December 7, 2014

451. Selamat Pengantin Baru, Adikku..Sepol

Posted by Iera at 6:35 PM 0 comments

Akad nikah : 29hb November
Kenduri : 30hb November

Selamat Pengantin Baru buat Sepol & Nora Miera (lupa lak nama betul pengantin perempuan). Moga kekal bahagia hingga ke jannah. Maaf banyak-banyak sebab dah hampakan awak, dik.. Kak iera tak dapat pegi majlis awak tu walaupun awak dah pesan berulangkali.. Walauapapun, kak iera sentiasa doakan yang baik-baik..di dalam hati dan setiap kali tangan ditadah..

452. Hadiah Hari Jadi 2014

Posted by Iera at 6:34 PM 0 comments

Entry dah lewat.. 8hb Nov lepas..genap la usia yang ke 35 tahun.. Alhamdulillah..Allah beri kesempatan untuk bernafas lagi di bumi ini.. Walaupun ada kesedihan yang terselit tapi aku kuatkan hati untuk lalui semuanya..

Hadiah kain sut krim tu dari ofismate, Mimi. Suka sangat warna tu sebab mengingatkan pada kain yang ala-ala Liyana Jasmay pernah pakai di Intrend..

Kain sut Torquis tu hadiah dari seseorang.. Jauh dari Alor Setar.. Dan warna tu pilihan mak dia.

Dan brooch tu dari bff, Yus..

Ada lagi sehelai kain batik Sarawak tapi terhilang lak pic dia. Tu present dari Kak Is..

Thanks untuk semua.. Love all of you..

Thursday, November 13, 2014

450. Hadir

Posted by Iera at 1:29 PM 2 comments

Allah hadirkan seseorang untuk memberi kebahagiaan buat aku. Tapi hati masih terkeliru. Masih berada dalam tak pasti. Biar Allah uruskan semuanya dan aku hanya berserah..

Tuesday, October 28, 2014

448. Dia

Posted by Iera at 1:00 PM 0 comments
Mungkin ada salah aku yang aku tak sedar..
Mungkin ada sikapku yang mengguris hati..
Sungguh aku tidak tahu mengapa semua seakan berubah..
Semakin jauh dan jauh..

Aku memilih mengalah..
Tapi semuanya seakan payah..
Aku memilih mengundur diri..
Walau aku sangat sayangkan hubungan ini..

Mungkin masa dah merubah segalanya..
Mungkin aku tak diperlukan lagi..

Friday, August 15, 2014

447. Salah

Posted by Iera at 1:40 PM 0 comments
Aku sebolehnya tak mahu langsung bercakap hal ini sebab melibatkan hati dan perasaan orang. Aku pun bukan cukup sempurna untuk bercakap. Tapi bila aku saja dipersalahkan dalam hal ini, rasanya tidak adil. Apa yang berlaku itu sikit pun aku tak jangka. Sebenarnya aku tak tahu pun! Tapi aku redha atas apa yang telah berlaku.
 
Cuma sekarang, aku ni macam pesalah yang selalu dipandang sinis. Sedangkan punca sebenar kesalahan itu bukan dari aku.. Tapi aku tetap berdiam. Aku tak bukak mulut apa yang aku tahu sebab aku bukan kejam nak hancurkan kebahagiaan sesiapa. Biarlah..sebab satu hari nanti semuanya akan terbuka sendiri.
 
Sampai bila aku akan terus tutup mulut? Selagi aku masih mampu bersabar..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea