Followers

Wednesday, July 9, 2014

439. Untuk Mereka

Posted by Iera at 9:05 PM 0 comments

Alhamdulillah, hari ini aku dah poskan baju kurung dan baju Melayu untuk program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata. Dengan rezeki yang ada, ikhlas dari aku dan mak.. Moga dapat memberi kebahagiaan buat mereka..

Memang ada ujian bila kita cuba berbuat kebaikan. Bila aku share kat FB program ni, ada la suara-suara sumbang. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.

Dan Alhamdulillah, Allah berikan juga Aina sebuah hati yang ada rasa kasihan dan ingin membantu. Bila aku tunjukkan pada Aina baju-baju tu.. Aina sedikit pun tak rasa cemburu malah Aina berharap mereka yang memerlukan dapat memakai baju raya sepertinya. (Aina memang tak boleh tengok peminta sedekah, mesti Aina akan beri duit..tak kisah la siapa pun..).

*Jom kita sama-sama beramal

438. Dia Pergi Jua

Posted by Iera at 1:10 PM 0 comments
Hari tu, dalam hati yang berbunga tiba-tiba dapat message dari sorang bff ni. Dia terpaksa berhijrah ke negeri lain demi sebuah masa depan. Hati automatik diruntun sedih teramat. Dan hari itu, pertemuan terakhir aku dengannya. Masa yang ada memang digunakan sepenuhnya. Sedih sangat.. Terpaksa berpisah dengan seorang yang sangat memahami..yang sangat mendengar dan boleh sharing apa saja. Memang selesa berada bersama dia. Memang jarak bukan pemisah sebab hp ada..fb ada..whatsapp pun ada.. Tapi semua tu akan menjadi susah bila dipisahkan beberapa negeri...Dia akan memulakan hidup baru kat sana.. Dan aku tak akan menyesakkan ruang hati dan mindanya..

Akhirnya perpisahan itu tiba jua.. Dan dia pun pergi membawa kenangan yang pernah kami lalui dan tinggalkan rindu ini.. Hanya doa ku kirim dari jauh..



 *Itu baru bff ni.. Kalau lah bff yang paling aku sayang tu, mau meraung sebulan.. Oh, aku tak ready lagi.. Moga Allah masih pinjamkan dia untukku..





Tuesday, July 8, 2014

437. Jom Buat Amal dan Bantu Mereka

Posted by Iera at 1:56 PM 0 comments
Semua maklumat boleh lah layari :
 FB : Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Website : http://www.sehelaibaju.com

*In Sha Allah.. Iera pun akan sama berbuat demikian.. 

Monday, June 16, 2014

436. Jeritan maut Nor Balqis

Posted by Iera at 2:05 PM 0 comments
ORANG ramai cuba memberi bantuan kepada Nor Balqis yang terbaring di jalan raya. FOTO Mohd Azren Jamaluddindinaikinya di Jalan Seroja Taman Plentong , Baru Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaluddin
 
Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, mangsa Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang juga murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain.

Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.

"Mangsa yang parah di kepala dan badannya dikejarkan ke unit kecemasan HSI namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya.
 
*Memang sedih bila baca berita ni apatah lagi Aina pun pi sekolah dengan bas sekolah. Mujur driver bas tu memang seorang bertanggungjawab..kebetulan driver tu jugak yang bawak aku ke sekolah masa sekolah rendah dulu.  

Tuesday, June 10, 2014

435. Aina

Posted by Iera at 2:01 PM 0 comments
Dah lama tak update pasal Aina. Cuti sekolah yang sedang berjalan ni, Aina mintak izin aku nak tidur rumah abah dia. Dia dah siap planning hari apa, berapa hari.. So, Sabtu 31hb Mei tu. dia suruh abah dia datang ambik tapi sebelah petang. Wah, memang sunyi hidup bila Aina tak ada. Kebetulan hari tu, rumah memang tak ada sapa. Tinggal la aku sorang-sorang. 3hb petang baru Aina balik. Sebab 4hb tu Aina kena pi check up lagi pasal berat badan dia tu.

4hb tu aku cuti. Semua orang kat ofis macam tak percaya aku cuti. Ye lah, dari bulan 1 hari tu sampai sekarang aku baru apply 3 hari. Masih berbaki 23 hari. Alhamdulillah, walaupun berat Aina masih tak ok tapi boleh diterima. Lepas ni tak payah pi dah untuk check up. Bukan senang nak control makan Aina sedangkan aku sendiri pun jenuh dok control macam-macam.

Seminggu tu Aina tak ke rumah pengasuh. Kat rumah penuh dengan anak-anak sedara aku yang 6 orang tu. Kebetulan pulak, sepupu aku sebelah rumah pun bersalin. Aina lagi la berat nak ke rumah pengasuh. Dek kerana seronok bermain dengan budak-budak, Aina buat satu permintaan.

Aina : Mama..boleh tak mama bagi Aina adik..
Aku : Adik? Ada pulak..
Aina : Ya la..Aina nak adik.. Mama kawin la.. Nanti Aina boleh dapat adik..
Aku : La..kan nanti Aina nak dapat adik dah kan.. Ibu (panggilan utk isteri ex) kan nak bersalin dah.
Aina : Tapi Aina nak adik dari mama..
Aku : Ala..sama jugak kan..
Aina : Tak mau... mama kawin la..
Aku : Cari la bf kat mama..baru mama boleh kawin..(tergelak)
Aina : Fahrin Ahmad mau dak..nanti mesti adik Aina comey..
Aku : Gelak besar..

Aina..Aina..tak membuat. Mintak macam-macam. Faham..memang Aina sunyi sebab orang lain ada adik beradik walaupun tak ramai. Mama dah usaha Aina tapi Allah letakkan hidup mama macam ni.

Ni mula la nak rasa emo..

*Tiba-tiba teringat pada dia yang pernah ada dihati..

Monday, June 9, 2014

434. Jadi Urusetia Pendaftaran

Posted by Iera at 1:01 PM 0 comments

Sejak-sejak wakilkan PJA (Penolong Juruaudit) aku masuk meeting Kelab Sukan dan Kebajikan Bangunan ni, rasa glamer la sat. Setiausaha kelab asyik cari aku.. Bukan sebab apa pun, Jabatan aku kena hantar 4 orang wakil untuk jadi urusetia pendaftaran untuk mesyuarat agung nanti. So, aku, Kak Is, Tiru dan Mimi offer diri..

Kami bahagikan level ikut bilangan orang.. Of course aku ambik Level 6&7..  sebab apa.. ada la..hehe.. Pukul 10.30 pagi 6hb.. kami dah stabdby kat meja tu.. Tapi sempat lagi posing.. Tu acara wajib..

Mesyuarat habis pukul 12.45 tengahari.. Dapat Mug dan makan.. Tapi serius, aku memang suka libat diri dalam aktiviti macam ni  Bukan saja kita boleh kenal ramai orang tapi kita boleh dapat pengalaman. Memang tak rugi..

433. Puisi keluar Majalah Cinta

Posted by Iera at 12:34 PM 0 comments

Lama dah sebenarnya cite ni tapi disebabkan mood yang tak menentu..banyak story tertinggal.. Puisi ni aku tulis untuk seseorang. Kita hanya manusia biasa yang hanya boleh  cipta impian.. Sebaik puisi ni keluar majalah, semuanya berakhir.. Buat masa sekarang aku tak bersedia untuk publish kan lagi semuanya..

Sunday, June 8, 2014

432. Kawin Dengan Saya

Posted by Iera at 7:14 PM 0 comments

Tajuk memang tak blah.. tapi tu sebenarnya.. Masuk ni entah berapa kali aku dengar lamaran tu.. Datang dari seseorang yang aku tak harapkan lagi.. Terus terang cakap, aku tak tahu mana nak cari rasa rindu..sayang terhadap lelaki tu kalau aku terima dia. Sebab hati aku kosong.. Biarkan aku terus begini dari aku menipu diri sendiri dan dia..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea