Followers

Saturday, May 10, 2014

429. Happy Birthday, Yusniza

Posted by Iera at 5:37 PM 0 comments
Dalam seminggu ni memang aku dah plan untuk present birthday Yus. Memang nak buat kad sendiri. Bila dah siap kad tu, tiba-tiba datang idea nak lukis karekter kartun dan letak dalam kad tu.. Idea tu datang last minute.. Hadiah cuma seutas jam tangan yang tak seberapa tu.. Aku harap dia suka. So, hadiah tu aku bagi awal sehari sebab hari tu aku kena hantar surat kat KOMTAR. Alang-alang dah naik KOMTAR terus hantar kat Yus sebab dia keje di situ. Aku bohong sunat kat dia kononnya ada story nak share dengan dia.. Terkejut dia bila dapat hadiah tu..hehe..


Ni umpama karekter kami masa remaja dulu. Sebelah kiri tu aku..masa tu aku memang rambut panjang dan rambut Yus masa tu blow.. Tapi tang badan aku tu, aku tipu sikit la sebab aku memang dah "comey" dah.. Yus je maintain sampai la.. HAPPY BIRTHDAY, FRENS..

428. Pilihan Hati

Posted by Iera at 4:48 PM 0 comments
Bila ckap soal hati, memang susah. Hati bukan untuk dimiliki sebegitu saja. Bukan jugak untuk diserah kepada sesiapa. Meskipun aku mesra dan baik dengan lelaki tapi bukan bermakna ada sesuatu antara kami.

Membuat pilihan bukan mudah meskipun pilihan itu cuma satu. Memilih untuk terus begini dan mengharap pada seorang yang belum tentu untukku atau aku memilih dia yang sedang menungguku.. Istikharah adalah jalan terbaik.. Itu nasihat semua orang. Ya, itu yang terbaik..

Aku cuba redha menerima takdir untukku. Cuba redha seperti Mya di dalam Dia Isteriku atau Mr.Arrogant.. Tapi itu cuma cerita novel yang diadaptasi ke drama. Ini sebuah realiti hidup. Aku tak mampu lagi untuk redha menerima seseorang begitu saja. Mungkin dia berada dalam kehidupanku tapi bukan berada dihatiku. Aku sedang cuba jika dia itu akan membahagiakan aku. Yang boleh menjadi imamku. Cuma aku perlukan masa. Sampai bila? Aku tak punya jawapan.. Tapi aku takkan biarkan dia terus berharap dan menungguku yang penuh seribu alasan...

Berikan aku kekuatan..aku ingin bahagia sepertinya orang lain..

427. Selamat Hari Ibu

Posted by Iera at 4:35 PM 0 comments
Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu dan bakal ibu... Tahun ni simple je..cuma celebrate dengan kek.

Tuesday, May 6, 2014

426. Nasihat dari BFF

Posted by Iera at 2:35 PM 0 comments

Ada satu hari tu..aku ber msg dgn BFF aku. Banyak sebenarnya yang tersimpan dihati yang aku nak ceritakan tapi aku tak mampu luahkan semua.. Tapi bila dia keluarkan ayat ni..terus airmata keluar. Sebab aku tak pernah bayangkan semua tu.. Aku hanya tahu aku ada dia sehingga aku terlupa pada kemungkinan... Aku masih perlukan dia temani hidup aku walau cuma kawan baik..

"Sampai bila awak nak bergantung harap pada kawan2 awak waima saya sekali pn sbb ape  kerna 1 masa nanti tidak mustahil kalau takdir mengatakan saya perlu lupakan awk dalam hidup saya ketika itu...Awak tahu?saya tahu?
Pastinya saya xtahu kerana tuhan yang merencanakannya...

Sy xnak tengok awk macam sekarang..Saya nak awk ada pasangan...sebab ape...sebabnya itulah nama kehidupan...

Sekarang bukan kehidupan awk yang sebenar...awk hidup tapi hidup dalam dunia awk ...merasa apa yang awk rasa...

Tidak ada teman yang setia...yang halal bagi awak untk meluahkan segala duka awk ketika itu...

Maaf kala kata2 saya ini membuat awak terasa...tapi jika saya tidak memberi suntikan pada awk maka gagal la saya dalam berkawan dengan awak...apa maknanya kita untuk berkawan????ini lah yang cuba saya lakukan pada awak....

Sy bukan nak bagi tekanan pada awk tapi sy nak awk fikir cara terbuka tidak lagi rasa takut untuk hadapi satu kenyataan..."

*Saat ini..kalaulah dia tahu semuanya...

Sunday, May 4, 2014

425. Percubaan Aina guna Water Colour

Posted by Iera at 5:43 PM 0 comments

Memang aku pantang sikit masuk Popular ka Youngs One ka..aku meronda sakan kat dalam tu kat bahagian art.. Hari tu aku saja belikan Water Colour, berus dan colouring book.. saja nak biasakan Aina guna water colour.. Alhandulillah..walau 1st time guna, hasil memuaskan.. lepas ni aku ada banyak lagi planning nak dedahkan Aina dengan seni.. Nak hantar p kelas tak mampu.. So, dengan apa yang ada dalam diri aku ni..aku curahkan untuk Aina..

Friday, May 2, 2014

424. Dia

Posted by Iera at 2:27 PM 0 comments

Sungguh aku sangat keliru.. tak tahu di sebelah mana yang harus aku letak kepercayaan itu.. Aku kenal hatiku.. Aku serahkan pada Allah untuk atur semua..

Tuesday, April 15, 2014

423. Bertemu Kawan Sekolah

Posted by Iera at 8:39 PM 0 comments

Selepas 10 tahun barulah dipertemukan semula dengan Faizah. Still ingat lagi, last jumpa sebelum dia berkahwin. Muka dia masih macam dulu.. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama ni...

420. Hatiku

Posted by Iera at 5:15 PM 0 comments
Aku perlu kuat.. perlu tabah untuk berdepan dengan semua ini. Kerana satu perkara yang bukan salah aku, aku dipandang hina di mata orang lain. Aku dah cuba sedaya upaya mengelak semua ini dari sejak dulu tapi apalah daya aku. Ini adalah takdir yang aku kena lalui. Aku menangis dan merenung apa yang telah berlaku. Aku sangat sedih.. Tapi aku pendam kesedihan itu supaya aku tak melayani perkara remeh temeh yang boleh merosakkan hidup aku. Aku semakin matang berdepan dengan keadaan ini. Aku tak mahu kisah silam yang pernah berlaku dulu berulang kembali.

Terima kasih kerana memberikan aku kesakitan yang teramat ini. Aku sangat setia menyimpan rasa dan kenangan ini. Aku sangat sayang untuk membuang saat-saat manis itu tapi aku takkan sekali bertanding untuk merebut apa yang bukan hak aku..

"Jika pernah ada rindu dihatimu terhadap aku, sesungguhnya aku juga merinduimu sepanjang hidupku..
Jika pernah ada rasa sayang kepadaku, aku juga sangat sayang kepadamu selamanya...
Kerana aku sangat setia pada waktu yang berlalu bersamamu dulu...
Terima kasih kerana pernah mempertahankan aku walau seribu alasan perlu kau lontarkan..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea