Followers

Monday, March 22, 2010

132. Aina..Aina..

Posted by Iera at 9:26 PM 0 comments

Masa aku nak panggil Aina balik dari bermain kat rumah mak sedara aku ptg tadi, aku terdengar perbualan Aina dan mak sedara aku. Masa tu Aina tak perasan aku datang .

Aina : mak Na ( Aina ) nak kawin

Mak sedara aku : mak nak kawin dengan sapa?

Aina : dengan abah Na la

Mak sedara aku : sapa bagitau Aina?

Aina : tok la

Bila aku tegur Aina, terus Aina diam. Aku tanya Aina. Menurut mak aku dan mak sedara aku, habis semua orang Aina bagitau macam ni termasuk tok pengasuh dia. Semua orang tanya mak aku tentang kesahihan cerita ni.

Aku : bila mak cakap macam tu? mak tak bagitau Aina pun.

Aina : tok la

Aku : bila tok bagitau Aina?

Aina : ( tersenyum..) Aina nak dok dengan mak dan abah la..

Aku terdiam bila Aina cakap macam tu. Itu suara hati Aina yang selalu aku dengar.

131. AINA- Wedding Contest.

Posted by Iera at 12:59 PM 0 comments


Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.?



Hadiah tu adalah Lampu Tidur. Kenapa? Cahaya lampu tidur akan membangkitkan suasana romantis..cahaya itu akan terus menyala seperti mana cinta itu terus bersemi dihati Aina dan pasangannya..

130. Akhirnya..

Posted by Iera at 12:40 PM 0 comments


Suatu hari itu..

'Ya Allah..KAU tutupkanlah mata hatiku kepada dia..kepada sesiapa saja yang akan hatiku jatuh kepadanya..biar pun pintu itu tertutup serapat-rapatnya untuk selama-lamanya, aku redha..'

Hari ini..

'Terima kasih, Ya Allah..kerana Engkau telah makbulkan doaku..membutakan mata dan hatiku pada dia dan mereka-mereka yang tak sepatutnya aku bukakan pintu ini..'

Sunday, March 21, 2010

129. Rahsia Selama Ini..

Posted by Iera at 10:50 PM 0 comments


Selepas semuanya selesai, aku rasa sudah sampai masanya aku membuka rahsia ini. Bukan niat nak mengaibkan sesiapa tapi aku hanya ingin melepaskan apa yang terpendam kat hati selama ini.

Aku cuba dikenalkan dengan seseorang yang sama status Bukan aku yang nak sebenarnya dan aku tak pernah bersetuju dengan rancangan ni tapi kak S yang buat keputusan bagi pihak kau tanpa persetujuan aku. Tahu2, hal aku, no tel aku dah ada pada parents lelaki tersebut.

Tapi aku perlu melalui proses interview dengan parents dia dulu. Kalau parents dia suka, barulah aku akan dikenalkan dengan lelaki tersebut. Itu yang bapak lelaki tersebut cakap pada aku di dalam tel. Aku rasa terhina sangat dengan situasi ini. Dan aku menolak rancangan ini tanpa rasa penyesalan.

Aku tak tahu apa ada dalam fikiran mereka. Mereka ingat aku gilakan harta, gilakan kekayaan sampaikan bagitau yang anak mereka tu ada segalanya. Mereka buat aku ni yang tergila-gilakan anak mereka, terdesak sangat untuk berkahwin.

Pada mak, aku ceritakan hal ni dan mak rasa sedih sebab pandangan mereka terhadap aku. Seoalah aku hanya akan bahagia bila berkahwin dengan anak mereka. Kak S mengatakan aku menolak tuah. Itu kata dia tapi bukan aku. Aku tak nak terkurung di dalam sangkar emas..biarlah hidup aku begini.

Aku dah pun merenung ke dalam diri bahawa apa yang aku cari selama ini hanyalah kebahagiaan bersama Aina. Aku selesa begini kerana aku ada mak yang selalu ada di belakang aku, aku ada adik2 yang sentiasa bersama aku..aku ada kwn2 yang tak putus2 memberi dorongan padaku..Kerana ada mereka semua, hidup aku sentiasa bersemangat..

Friday, March 19, 2010

128. Keje

Posted by Iera at 9:15 PM 0 comments
Keje semakin banyak. Tak terduga. Sales request FA hampir 80part. Dalam masa yang sama pulak, incoming masuk serentak dari supplier. Sehari dah 50 line item. Itu tak lagi kena buat COC,follow quality issue. Dan tiba2, ada pulak issue kat Flexs, part problem. Dan customer request untuk buat Hardness tester. Bukan 1 part tapi 10 part. Utk buat test Hardness saja memerlukan banyak proses. Dan yang paling mencabar, kena gergaji screw, memang lenguh tangan. Bayangkan 1 part no kena gergaji 5pcs screw, kalau 10 part dah 50pcs..

Nasib baik aku ada partner sorang. Dia cover untuk incoming dan aku concentrate untuk hardness tester. Tapi aku tak kisah walaupun keje bertimbun sebab aku suka bekerja.

Monday, March 8, 2010

128. Update..update..

Posted by Iera at 2:43 PM 0 comments
1. Beberapa hari ni keje bertambah. Macam tak menang tangan dibuatnya. Dengan FA, Incoming lagi..dah tu nak settle issue customer..Walaupun aku ada partner tapi tetap tak blh nak handle. Sampaikan aku terpaksa bawak balik keje kat rumah. buat keje dengan ladtop company, layan FB dengan ladtop sendiri. Sampaikan mak aku perli ‘amboi, sibuk kalah menteri..kiri kanan ladtop’ aku hanya tersengih..

2. Aku cuti 12hb hr tu special utk Ida. Ku dah berjanji dgn Ida nak tolong dia masa kenduri adik dia, Ani. Lagipun hari tu birthday Ida. Dari pukul 10pg sampai pukul 6ptg, kejap runner sana..kejap runner sini..Pastu masak agar2 pulak. Memang tak blh rest. Aku balik rumah kejap tgk sama ada mak aku dah siapkan hantaran Ani ke belum. Tapi sempat lagi on9, tanya khabar member yg nak gi outstation. Pukul 9 ke rumah Ida semula ada Majlis Tahlil. Siapkan keje dan masak lagi agar2. Mata ni mengantuk tak terkira tpi tahan jelh. 12.30mlm baru aku pecut balik rumah. Merempit jugak la dah lewat mcm tu. Tak pasal2 ada yg ‘tergoda’ lak tengok aku sorang2..

3. Kenduri Ani berjalan lancar. Aku kenalah bwk Aina sama tp Aina hr tu angin apa ntah, nak pakai baju Tranformer dgn selaur jeans. Nampak macam budak lelaki lak. Bila mak aku dtg, Aina ikut mak aku balik. So, aku free la..Ani ajak aku temankan dia ambik gambar outdoor kat Pantai Bersih. Bayangkan pengantin drive kereta sdgkn pengapitnye, sedap je duduk kat seat belakang..semua org pandang je..hehe..Dah pukul 6, aku balik. Teringat kat Aina lak..

4. Ada sorang mamat tu yg aku br kenal..dgn berlagaknya cakap..klau aku kwn dgn dia, hdp aku pasti bahagia..tak rugi aku kenal dia..uwek..nak termuntah aku..Hidup aku pasti sempurna..Aku mula la nk reject dia terus..Rasa macam nak remove je dia dr list kwn2 aku..Aku memang benci org yang ckp besar ni..

127. Aina

Posted by Iera at 2:41 PM 0 comments
Dah beberapa bln Aina asyik nak gunting rambut mcm Tomok. Sejak dia minat kat Tomok. Pantang je nampak Tomok kat tv, riuh rendah suara dia. Mak aku memang tak bagi Aina gunting rambut sebab rambut Aina curl original.. Lagipun dah panjang sampai tengah belakang. Tapi disebabkan Aina tak suka ikat rambut, aku pujuk la Aina. Dan Aina nak dengan syarat mesti macam rambut Tomok.



Kelmarin, aku bwk Aina ke Saloon kat Alma. Mulanya aku nak Aina gunting rambut macam Agnes Monica dalam drama Jelita tapi Aina tetap dengan pendirian dia. Kalau x, dia tak nak gunting.



Jadi, aku gunting rambut Aina macam ni lah..Bila siap je, Aina terus puji diri cakap rambut dia lawa..Aina..Aina..

Tuesday, March 2, 2010

126. Update

Posted by Iera at 11:43 PM 0 comments
Semalaman aku tak boleh nak tidur. Banyak perkara mengejutkan berlaku. Semuanya diluar dugaan. Pukul 3 pg baru boleh lelapkan mata. Kepala sakit sangat..serabut..Badan pun dah seram sejuk..Sejak beberapa bulan lepas dah 2 kali aku macam ni.

1. Pg kelmarin masa on the way nak pi keje, aku dan adik aku, An hampir accident. Mat bangla tu naik basikal lintas dpn kereta yang tengah jem..pastu kena langgar dengan motorsikal yang kat depan kami. Nasib baik aku sempat brek, kalau tak, memang aku langgar dia pulak. Dan nasib baik, motorsikal kat belakang tak langgar kami lak..Memang aku terkejut habis walaupun mat bangla tu tak cedera. Syukur..Dan lepas tu aku memang rasa lemah semangat..

2. Rasa terluka sangat dengan sorang kawan ni. Rupanya selama ni aku tak de makna pun dalam hidup dia. Patut la selama ni, aku ni bagai orang asing..Tak apalah, mybe dengan cara tu dia rasa bahagia. Mybe juga, nilai persahabatan aku selama ni tak de harga untuk dia.

3. Aku seakan patah semangant. Seakan kosong segalanya. Aku sudah mulai rasa bahawa aku akan kehilangan sumber inspirasi selama ni sedangkan aku still ingin berkarya..X apalah..aku kena redha dengan keadaan ini. Aku akan cuba untuk terus berkarya tanpa bersumberkan sesiapa sebab sumber tu dah lari..hehe..

4. Hampir accident lagi ptg tadi masa aku pi Tesco. Ada ke kereta tu dengan lajunya tak berhenti simpang. Ikutkan dia kena berhenti bagi laluan kat aku. Ni tak, terus je..Nasib baik time tu aku bawak motor slow je..Brek mengejut jugak. Lain kali fikir la..kawasan pasaraya ke..kawasan perumahan ke bukannya boleh drive laju..Memang aku shock jugak la tadi. Kalau nasib tak baik, mau melambung aku..Syukur aku masih bernafas lagi..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea