Followers

Monday, March 1, 2010

125. Aku

Posted by Iera at 3:19 PM 0 comments




Bila ada sorang kwn tengok dua pic ni..dia cakap muka aku nampak tua dari umur aku..Aku tak kisah dan tak marah pun bila dia cakap macam tu sebab aku sedar bahawa kerana terlalu mengejar impian aku telah mengabaikan diri aku.. Bukan aku tak sedar hal ini tapi aku kena fokus dan pentingkan apa yang sedang aku lakukan sekarang..

Biarlah sementara waktu ini aku begini..Biarlah aku macam ni..Sampai masanya nanti..setelah aku berjaya miliki impian tu..aku akan kembalikan semula segala yang hilang dulu...

Sunday, February 28, 2010

124. Kerana Aku Juga Manusia..

Posted by Iera at 10:27 PM 0 comments


Aku mengakui kebenaran hidup ini bahawa aku tetap manusia biasa..seorang wanita yang nalurinya tetap sama seperti wanita lain yang inginkan sebuah keluarga yang sempurna..

Bersama ex dan Aina beberapa hari lepas walau untuk beberapa ketika cukup menyentuh hatiku tambah lagi Aina terlalu manja dengan ex. Alangkah bahagianya jika keadaan ini adalah hakikat sebenar..Alangkah bahagianya bila dapat bersama anak dan suami biarpun di hadapan penuh dugaan. Tapi berpaling kepada hakikat bahawa itu cuma impian seorang wanita...

Semuanya sudah terlambat kerana hati telah pun tertutup untuk bersamanya semula. Namun aku rasa bangga bila ex semakin mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap Aina setelah beberapa peristiwa yang mengguris luka hati aku dan Aina. Aku tahu..jauh di sudut hati ex..dia juga merasai perasaan yang sama denganku tapi dia telah terikat dengan sumpah dan janji bersama orang lain..

Bila seseorang sedang mengintaiku dari jauh..aku merenung dan mendalami diri sendiri bahawa apakah Aina akan memiliki kasih sayang sama seperti yang Aina miliki dari ex..Adakah Aina akan mendapat semua keinginannya seperti mana Aina milik sekarang? Sanggupkah lelaki itu berkorban untuk Aina seperti aku dan ex berkorban? Kerana takut Aina terabai dan teraniaya..aku telah tutupkan pintu hati..

Kata orang, 'ayah orang tak sama ayah sendiri biar seburuk mana pun ayah sendiri...'

123. Berterus terang lebih baik

Posted by Iera at 12:30 AM 0 comments


Betul kata orang..lebih baik kita berterus terang kalau sememangnya kita tak suka seseorang itu. Buat apa kita nak pendam dalam hati sehingga menjadi nanah dan berdarah. Buat apalah kita nak biarkan orang itu mengharap pada kita kerana sikap kita yang terlalu menjaga persahabatan.

Sudah jelas dan terang.. Sudah pasti dan nyata..Buat apalah kita nak mengharap pada orang yang tak pernah memandang kita ni.. Kalau pun dia pandang hanyalah sebuah pandangan kosong..tak ada makna..

Dan buat apalah kita nak terus biarkan hati kita terluka sentiasa dengan apa jua keadaan yang mengguris..

Friday, February 26, 2010

122. Aina

Posted by Iera at 7:12 PM 2 comments

Pic tebaru Aina..


Anak abah..

121. Ada Lagi..

Posted by Iera at 5:59 PM 0 comments


Aku sangkakan hal ni dah berakhir. Keputusan telah pun aku nbuat dan jawapan telah pun aku beri. Tapi rupanya hal ni masih lagi panas. Masih lagi mengharap keputusan yang terbaik dari aku..Masih lagi ingin aku bertemu seseorang..Aku tertawa dalam hati..Aneh, sebab aku dah pun beri jawapan yang pasti. Hidup aku kembali tak keruan. Berada di persimpangan samada mengecewakan harapan orang atau melukakan hati sendiri..

Dalam kegusaran itu, aku bertanyakan hal ini kepada seorang kawan tapi aku pula dianggap cuba memerangkap dia dengan pertanyaan ini. Mungkin salah aku kerana tidak berterus terang dengan situasi ini dan hanya bertanyakan apa yang patut aku buat. Bila berada dalam keadaan ini, aku mula sedari bahawa betapa susahnya untuk menentukan masa depan yang terbaik untuk diri sendiri jika hal ini melibatkan hati dan perasaan.

Aku berbincang dengan mak. Jika tidak kerana sesuatu yang menjadi penghalang sudah tentu mak dah merestui aku. Mak sentiasa memberi kebebasan kepada anak-anaknya membuat pilihan sendiri tapi dalam keadaan sekarang mak mahu aku fikir terlebih dahulu. Aku faham..

Apa jua aku kena bijak dalam mencari keputusan yang tepat ( sebenarnya..dah ada keputusan pun hari tu..)

Thursday, February 25, 2010

120. Siapalah aku..

Posted by Iera at 12:03 AM 0 comments


Aku ini umpama lilin yang menerangi tika orang lain dalam kegelapan..menjadi teman tika orang lain dalam kesedihan dan menjadi sandaran tika orang lain kesepian sedangkan saat aku merasai semua itu tiada seorang pun yang sudi disisi..Dan aku terima keadaan ini dengan redha dan pasrah kerana keikhlasan hati ini..

Biarlah aku dijadikan apa pun dan biarlah aku ini tidak dihargai sekalipun aku tetap terima..Kerana satu hari itu pasti akan tiba bila nanti aku tidak ingin lagi jadi apa2 untuk sesiapapun..dan biarlah tika itu aku betapa mengubat hati luka di puncak sengsara...

Wednesday, February 24, 2010

119. Kebenaran

Posted by Iera at 11:17 PM 0 comments


'Berkasih atau bersahabat dengan orang yang sangat popular dan sangat diperlukan dalam masyarakat bererti anda juga harus menjadi adiwira yang serba tabah dan sabar.'

Sumber : InTrend Mac 2010

*Kebenaran yang jelas dan nyata...

118. Aina

Posted by Iera at 9:32 AM 0 comments


Aina stiil demam lagi. Aku apply leave hari ni. Badan panas. Asyik merengek je. Aku bawak dia ke klinik. Tapi doktor yg selalu aku jumpa tu tak de. Ni doktor lain. Mybe partner doktor tu. Tapi yang aku hairan tu, Aina dipanggil masuk sedangkan time tu dia tengah bz update data pesakit kat pc. Dia cakap saja suruh masuk awal, boleh sembang2 sikit. Ada ke macam tu.. Aku pun diam ajelah. Nasib baik soalan2 yang dia tanya hanya berkaitan dengan demam Aina. Cuma mata dia tu macam tak reti nak tengok setempat je.. Naik segan aku. Aku think positif. Doktor pun manusia biasa dan lelaki tetap bernama lelaki..

Aku masakkan Aina sup ayam tapi baru je makan sesudu dah tak lalu. Nak makan Yougurt, aku belikan tapi rasa sikit dah tak nak. Nasib baik air Ribena habis jugak sebotol. Bila mak aku sebut abah dia, terus muka macam nak nangis. Aku call ex suruh cakap dengan Aina tapi Aina ckp kejap je la. Mybe dia rindukan aku dan abah dia. Yelah, sejak akhir2 ni aku dan ex sibuk dgn keje. Ex pn kadang2 dua minggu sekali je dtg jenguk Aina. Dan aku selalu je balik keje lewat. Banyak masa Aina dengan tok pengasuh dan mak aku..Bukan aku tak kesiankan Aina. Apa yang aku sedang buat sekarang semuanya untuk Aina.

Sabarlah, sayang..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea