Followers

Tuesday, February 23, 2010

117. Update

Posted by Iera at 11:50 PM 0 comments
Hari ni ada lunch kat Penang ofis sempena raya cina. Kena pakai baju traditional..aku cuma pakai baju kurung moden je ( ada hati2 yg tak puas hati..tgk aku lebih skt dr mereka..) Menu kali ni simple je. Nasi ayam Ayamas, cheese cake, tembikai, nugget dan sosej..Dah la kenyang..dapat ang pow lagi dari member2 chinesse...

Ex call bagitau mak suruh beli Kool Fever untuk Aina. Aina demam. Badan panas sangat. Kebetulan ex datang tengok Aina. Dan yang paling sedih, masa ex nak balik, Aina nangis bagitau mak aku abah dia nak balik.. Sedih kan bila nak kena lalui keadaan macam ni. Dan aku sure kat hati ex tu mesti tersentuh. Sebab masa dia call aku tadi, aku dengar suara dia sayu je..Aku tengok Aina tido je bila aku sampai kat rumah. Malam ni mesti aku dan mak tak boleh tido. Aina suka mengigau bila demam. Harap2 kejap je demam dia. Risau jugak aku.

Monday, February 22, 2010

116. Bosan..

Posted by Iera at 12:50 PM 0 comments


Aku dah bosan dgn situation sekarang. Keadaan telah membuatkan aku semakin feed up. Aku ni macam tak de makna kat sini. Dtg keje cuma buat inspection, handle issue skt..selebihnya dia kaut kat dia semua. Itu dia nak handle, ini dia nak handle..Lepas tu bila keje bertimbun..merungut kononnya dia banyak keje sgt. Tp sebenarnya dia yg 'concer' semua. Sekarang ni dia baik pulak dengan budak receiving tu..bila keje susah, baru terhegeh2 bagi kat aku. Kalau tak reti nak tulis email dalam BI, tau pulak tanya aku..Kalau bukan krn keje, tak ingin aku nak ambik brg yang org dah tak nak..Aku tunggu masa je..Kalau boss complain aku..tau la aku nak bidas nanti..ni boss aku nak cuti maternity lak..Lagi la...

Kalau nak tunjuk kata ada improvement pun, jangan la sampai keje nak kaut semua. Dah nama pun kena buat 2 org..Kalau macam ni baik aku resign je..Buat la sorang2..masa tu baru tau kot, tak de sapa nak buat keje yang susah untuk dia..Kalau cakap pun memang tak guna sebab jenis hati kering, telinga tuli ni..kata pi lah apa pun..

*Bertahan untuk Aina..

115.

Posted by Iera at 12:04 AM 0 comments
Apa yang aku planning hari ni semuanya tak menjadi. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan..Dan yang paling ralat apabila aku terpaksa cancel nak bawak Aina ke KFC. Aina dah pun ready baju nak dipakai hari ni tapi nak buat macam mana keadaan dah terpaksa. Nasib baik Aina faham.

Bukan mudah untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Ia memerlukan pengorbanan yang besar..memerlukan semangat dan ketabahan. Harus kuat. Biarpun terpaksa menahan segala kesakitan, kepedihan dan kesengsaraan. Dan inilah pengorbananku untuk Aina.

Friday, February 19, 2010

114. Aktiviti Hari Ini

Posted by Iera at 11:52 PM 0 comments
1. Pagi Aina ajak aku ke BM naik bas Rapid. Bkn aku tak nak. Bukan nk menghampakan Aina tp aku dah lama tak naik bas. Jadi mak aku yg bwk. Bkn main seronok, tambah pulak pakai baju Mickey Mouse baru. Lepas je Aina dan mak aku keluar, aku macam biasa la. On9 sambil layan lagu.. Aina dan mak aku balik 2jam selepas tu. Balik dgn beli HP permainan.

2. Dpt jgk aku beli produk muka. Dah lama aku tak boleh nak ke spa tu. Masa tak de langsung. Muka aku dah ada parut jerawat. Walaupun masih tak nampak,lebih baik rawat sekarang. Aku dah guna produk ni sejak 2003 lagi..memang berkesan..dan aku still guna sampai sekarang. Sebab aku memang berpuas hati. Harga, standard la..Mana ada brg murah kan..tapi berbaloi..( Nurin, kalau nak tau, k.iera guna produk ni 2 bln sebelum kahwin..x mengelupas pn..muka bersih, parut jerawat yang hitam pun hilang..kwn2 semua puji...dan yg penting, masa kenduri tu..memang cun..hehe..)

3. Melayan karenah Aina yang tak reti duduk diam..yang tak henti bercakap..ada saja yang nak ditanya dan dibualkan. Pantang dengar lagu, mulalah nak nyanyi..Lagu Saleem yang iklan kat TV tu siap boleh ikut lagi..Aku pun tak tahu..Terhibur sgt bila tengok Aina. Hari semakin berinjak..Aina kian besar..Cepat masa berlalu..

4. Renew roadtax dan Insurans motor. Ikutkan date 26hb tp aku terpaksa renew awal sebab balik keje memang tak sempat nak singgah kedai tu. Pagi, biasalah..memang tak sempat punya.

113. Kawan

Posted by Iera at 12:48 PM 0 comments

Mulai hari ni aku takkan percaya kepada dia lagi. Takkan cerita lagi apa yang sedang dan akan berlaku. Tak kiralah psl family ke, kwn ke..sebab aku dah sedar keadaan yang semakin tegang sekarang adalah kerana dia. Mybe dia ingat aku tak tahu sebab aku diam tapi sebenarnya diam aku kerana aku tak nak bermasam muka dengan sesiapa.

Aku semakin berhati2. Sebab dia yang menjadi api. Aku tak tahu, manusia jenis apa dia tu yang ada hati dan perasaan yang busuk terhadap orang lain. Tak boleh tengok orang lain lebih, tak boleh tengok orang lain berbaik. Dah banyak kali macam ni. Semakin melampau-lampau.

112. Update

Posted by Iera at 12:27 AM 2 comments

1. Hari ni..aku betul2 letih..sakit badan..penat yang tak boleh diucapkan. Datang ofis dengan rasa yang tak boleh digambarkan. Nasib baik keje tak banyak dan tak ada issue. Aku cuba kawal segala perasaan sebab aku tak mahu ia menjejaskan prestasi sekarang. Dah tu aku ngantuk la pulak. Mybe sebab letih sangat kot..


2. Dek kerana terlalu lama dalam air-cond, muka aku dah naik pimple..kat dahi dah rasa bergerutu..di pipi dah naik sebiji..takutnya aku kalau naik banyak nanti. Last jerawat naik kat muka ni pun masa pregnant kat Aina. Tu pun sebab alahan pregnant. Lepas tu, muka aku licin balik. Ni tiba2 je naik balik..Dah tu siap gatal2 lagi.. Bukan aku tak cuci elok. Ni yang masalah ni.. 2 hari lagi baru Sabtu. Baru nak boleh ke spa.

3. Aina gembira tak terkata bila aku dah belikan dia dress Mickey Mouse. Dah aku janji kan. Siap nak pakai tido lagi tapi bila aku pujuk, Aina pun tanggalkan balik dan simpan. Aku sure mesti dia akan cari baju tu nanti.

Thursday, February 18, 2010

111. Aku..

Posted by Iera at 12:20 PM 2 comments


Letihnya tak terkata..dah sebulan aku keje tanpa henti..Keje demi untuk memenuhi impian sendiri dan Aina. Macam ada sorang kawan aku pernah ckp bila dengar kegilaan Aina sekarang. ‘Kena keje kuat’. Yup, memang betul..Bukan sekadar memenuhi kehendak sekarang tapi untuk sebuah masa depan..Dan Yatie pun pernah berkata, tak sanggup lakukan apa yang sedang aku lakukan sekarang. Bila kita dah set impian tu, kita sanggup lakukan apa saja untuk memenuhinya. Aku dah tak peduli risiko yang akan aku hadapi.

Kak Leha bagitau aku beberapa hari lepas..muka aku kecut dah tak tembam..mata aku sembam..dah nampak lingkaran hitam ( tido lwt..lyn fb..hehe.. ), dah ada garis2 kat tepi hidung..dah tak nampak seri macam sebulan lalu..Kenapa aku siksa diri aku sampai macam tu..( dia cakap macam orang putus cinta..haha..nak putus cinta ape..bercinta pun tak..)

Biarlah dulu perubahan2 ni. Masa dah tak lama. Tinggal beberapa bulan je lagi. Selepas tu aku dah boleh balik macam dulu. Dah boleh tembamkan balik muka aku ni..Sekarang ni aku kena fokus kepada impian aku tu..

Monday, February 15, 2010

110. Setelah 11 tahun..

Posted by Iera at 11:49 PM 0 comments


KAMUS ASMARA-MERCURY

Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara

Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara

Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa

Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda

Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang

Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya


Memang tak pernah aku duga..selepas 11 tahun berlalu, aku terjumpa dia semula. Aku tidak pernah lupa pada pesona renungan itu. Aku juga tidak pernah lupa pemilik mata coklat itu. Dia masih seperti dulu. Masih merenung tajam dengan mata bercahaya. Dan masih tersenyum penuh ketenangan. Dan memori itu kembali terimbau sehingga terasa ke sanubari. ( mula la nak emo dah ni.. )

Nenek saudara aku pernah berpesan supaya aku mencari kekasih dari anak lelaki kedua atau anak lelaki bongsu dalam keluarga kerana pasti hubungan itu sentiasa aman dan penuh ketenangan. Aku hanya tertawa. Tapi ternyata ada kebenaran pada pesanan itu. Sepanjang perhubungan aku dan dia, tak pernah langsung ada sengketa malah hati aku tak pernah terluka. Tapi jodoh itu bukan di tangan kita.

Dia telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sedangkan aku baru hendak memulakan hidup. Lalu berakhirlah hubungan itu dan dia dah pun bahagia dengan pilihannya itu. Yang pasti kini, aku mendoakan agar kebahagiaan itu milik dia selamanya. Dialah cinta pertama yang tak pernah aku lupa..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea