Followers

Monday, February 15, 2010

109. Keputusan

Posted by Iera at 10:35 AM 2 comments


Aku telah membuat keputusan setelah beberapa hari aku memikirkannya. Fikir tentang apa yang aku cari dalam hidup aku sekarang. Yang aku inginkan untuk meneruskan perjalanan ini selagi aku bernafas. Dan keputusan ni biarpun akan menimbulkan pelbagai spekulasi tapi inilah saja yang terbaik buatku. Tanpa paksaan sesiapa dan juga bukan kerana sesiapa..

Aku dah pun menolak risikan tu. Biarlah apa jua yang hendak dikatakan padaku, aku menerima kerana aku punya alasan sendiri. Banyak perkara yang harus fikirkan. Terutama Aina. Aku berkorban segalanya untuk Aina. Aku nakkan yang terbaik untuk masa depan Aina.

Friday, February 12, 2010

108. Impian

Posted by Iera at 9:17 AM 0 comments
Ramai orang bertanya apakah impian aku sekarang. Beberapa hari ini, aku menyelami hati sendiri. Merenung jauh apakah yang aku sedang cari sekarang dalam hidup ni.

1. Kahwin

Kawin..ye ke aku akan kawin.( ada org sdg mengintai segalanya tentang aku..)Actually, jauh di sudut hati aku dah tak ada planning nak kawin. Biarlah masa yang tentukan. Jika dah ditakdirkan aku ada jodoh dengan sesiapa, aku redha. Tapi sekiranya takdir aku macam ni selamanya, aku pasrah. Aku dah tak nampak jalan untuk ke arah ni. Bukan setahun tapi dah tiga tahun berlalu. Aku selesa begini. Bak kata sorang member, biarlah ia berlalu macam biasa.

ATAU

2. Viva

Mampukah aku? ( ada sorang member ckp, kereta ni hanya untuk orang berduit saja..ye ke? ) Impian tu ada. Dan memang aku minat sangat dengan Viva ( selepas hati aku hancur dengan Myvi..hehe..)Tapi mak aku ckp, tunggu dulu. Bukan sekarang. Dan aku rasa macam tu juga. Siapa tak nak kan pakai kereta..Sabar ajelah dulu. Pasti ada 'jodoh' nanti. Bukannya lama dah pun..

ATAU

3. Study Ijazah Mechanical Engineering kat OUM

Sejak keje kat sini, aku mula jatuh cinta kat bidang ni. Aku memang teringin sangat nak continue study. 5 thn bukan satu jangka masa yang singkat. Tapi habuan yang akan aku dapat memang berbaloi2..tambah2 pulak aku dah keje berkaitan dengan course ni. Sebenarnya, aku nak ambik course ni tahun ni, tapi aku kena fikir sedalam2nya.. Mampu ke aku nanti nak buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi kata orang, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Apa pun aku terpaksa tangguh dulu hasrat ni sebab aku ada impian yang lebih penting dan besar.

DAN IMPIAN SEBENAR AKU ADALAH

4. Aina

Inilah sebenar impian aku. Memberi kesempurnaan buat Aina. Next year Aina dah nak sekolah. Aku kena berikan yang terbaik untuk dia. Sama seperti anak2 orang lain. Aku nak pastikan Aina takkan terlepas satu pun yang anak2 orang lain lalui dan rasai. Itu janji aku. Apa yang sedang aku lakukan pun adalah untuk Aina.

Wednesday, February 10, 2010

107. Cerita Sedih

Posted by Iera at 4:39 PM 0 comments


Cerita pertama : Sorang kwn perempuan bercinta dgn bf dia dah 5 thn. Tiba2 je bf dia ni minta putus krn mak dia tak restui hubungan mereka. Bila dah putus, tup tup pulak bf dia ni nak bertunang dgn girl lain. Kwn aku ni sedih bukan kepalang, dah la 5 thn bercinta..nak lupakan bf dia ni bukannya perkara yg mudah..Apa yg blh aku advice dr pengalaman aku lps ialah belajar utk menerima hakikat..belajar utk melupakan semua.

'Dear, memang sukar utk awak lupakan dia yg pernah ada kat hati awak..sampai bila2 pun awak takkan pernah dapat melupakannya..Walau apa pun awak lakukan, kenyataan itu tak dapat diubah. Awak kena terima semua ni. Kena percaya bahawa ada hikmah disebaliknya. Dah tertulis bahawa dia bukan utk awak..At least, awak dah tahu awal yg mak dia tak suka awak..Awak kena kuat..'

Cerita kedua : Sorang kwn yg dalam proses penceraian dgn wifenya terkilan sebab wifenya dah bersalin 5 hr tp baru diberitahu berita tu. Sedih hatinya tidak terkata. Dah la tak dpt sambut kelahiran anak, dah terdesak baru diberitahu. Baby girl pulak tu.

'Awak, saya akan sokong apa jua tindakan awak. Saya tahu susah untuk awak terima keadaan ini. Tapi awak kena kuat untuk mendapatkan keadilan. Awak tidak boleh lemah dan patah semangat untuk hadapi semua ni. Apa yg dah terjadi anggaplah itu takdir dan awak kena terima takdir ini. Saya yakin awak mampu hadapi semua ini..'

*Krn mereka sedih, aku bersedih sama..krn mereka menangis aku juga menangis..krn aku menyelami kedukaan mereka..

Tuesday, February 9, 2010

106. Aina dan Mickey Mouse

Posted by Iera at 12:33 PM 0 comments
2,3 hr ni Aina berminat pulak dgn Mickey Mouse. Bukak je ladtop, mesti nk tgk gambar Mickey. Aku terpaksalah save pic Mickey kat folder. Blik keje pulak, siap tanya aku mana baju dan kasut Mickey. Bila ckp tak beli lg, nak nangis. Tapi nasib baik Aina fhm. Bukan tak nak beli tp aku tak sempat lagi nak shopping. Bz sgt2.. Utk aku pun beli yg penting2 je dulu.

Akhirnya aku beli jugak seluar jeans paras lutut Mickey Mouse. Itu pun sebab dah terjumpa kat kedai tu secara kebetulan. Bagi kat Aina terus je dia pakai. Seronok bukan main. Aina kalau dah minat sesuatu dia akan minat habis2an. Pantang jumpa je brand tu, mesti teruja. Dulu Upin dan Ipin. Lps tu Wonder Pet dan Ben 10. Ben 10 yg teruk sekali. Siap complete satu set termasuk jam tangan dan beg. Dah tu bknnya blh beli 1 set je, at least 2,3 set. Kalau x, dia sangup pakai balik bj tu..

Lepas Chinesse New Year ni barulah aku nak shopping utk Aina. Bukan aku nak manjakan Aina dgn mengikut semua kemahuannya ( mcm mak aku selalu kata ) tp dia je lah satu2nya yg aku ada. Hidup aku sekarang hanya utk dia. Aku keje pun utk dia. Apa salahnya kn..

Monday, February 8, 2010

105. Pilihan

Posted by Iera at 12:03 PM 2 comments


Aku dirisik seseorang utk seseorang..mm..sesuatu yg tdk pernah aku duga setelah aku membuat keputusan utk menutup pintu hati ini untuk mana2 hati..Adakah aku akan menerima risikan itu? Aku tidak pasti lagi kerana aku tidak pernah memikirkan hal sebegini setelah terluka dulu. Fokus sekarang hanya kepada Aina.

Mungkin bagi orang tua, mereka akan kata aku masih muda dan perlukan seseorang dlm hidup. Tapi bagi aku, selagi aku boleh survive life aku, aku tak kisah sangat. Dan yang penting aku ada Aina.

Keputusan di tangan aku. Memilih utk berdua semula bersama seseorang yg asing dlm hidupku atau memilih utk mengharap sesuatu yg tak pasti dan akhirnya aku dihumban ke gaung luka atau memilih utk terus abadi begini selamanya bersama Aina. Tak ada siapa pun akan memaksa. Semuanya terpulang kepada aku.

Saturday, February 6, 2010

104. Keje..keje

Posted by Iera at 1:52 PM 0 comments


Kelam kabut aku hari Jumaat kelmarin. Mau taknya offismate cuti, dah tu incoming berlambak..mn dgn nk settle issue yg sales request lg..mn dgn nk buat FA..dh tu ada la expedite part urgent lak..rasa tak cukup tgn dibuatnya. Nasib baik, K.Ros tlg buat incoming sama. Tapi hari ni aku tak nangis mcm kelmarin ( Khamis ). Hr tu memang aku nangis tension. Bukan aku tak boleh settle keje sorang tp aku tension dgn sikap org yang tak mau nak bertanggungjawab sama..Bila dah nak cuti, buat keje main2 je..lps kat aku semua. Sedangkan masa aku nak cuti pjg hari tu, aku settle semua keje dulu barulah aku bercuti.Tapi dalam bz keje, aku reply jugak komen2 dr kwn2 kat fb..

Mungkin betul kata org, kita takkan blh nak org jd spt kita dan org pn tak blh nk hrp kita jd seperti mereka. Tapi bukan sekali dua mcm ni dah banyak kali. Aku sj yang pendam perasaan dan menjerut rasa. Sudahnya aku ialah menangis dlm hati..

Mungkin kerana terlalu ghairah mengejar impian, aku sudah dpt rasakan antibiotik bdn ku semakin lemah. Dah terasa sakit sini sana tp aku buat tak tahu saja. Makan pun dah tak selera. Apa pun yang terjadi, aku akan lawan segalanya. Aku pasti apa yg aku impikan akan tercapai. Untk itu, aku harus kuat.

Thursday, February 4, 2010

103. Rasa Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:05 AM 0 comments


Dah lama sorang kwn pendamkan rasa ni kat dalam hati dia. Baru semalam dia luahkan kat aku. Tapi bukan rasa cinta.. rasa yg sorang kwn patut ada kat hati dia. Aku dh lama lost contact dgn dia sejak dia bz dgn life baru dia.

Selama ni dia teramat bimbang kalau2 aku terluka sekali lagi. Teramat takut kalau2 aku bercinta dan berkahwin dgn lelaki yg salah.. Dia tak sanggup nak tengok aku menderita lagi. Dia nak aku still solo mcm ni dan tak yah ada ikatan dgn mana2 lelaki. Terima kasih untuk dia krn mengambil berat hal aku.

Aku tak marah bila dia ckp mcm ni jauh sekali nak melenting. Memang patut pun dia ada perasaan macam tu. Aku tahu, bukan niat dia nak halang aku berkawan dengan mana2 lelaki sekaligus menjalin ikatan akrab cuma dia tak mahu lelaki2 itu mempermainkan aku nanti.

Memang betul, rasa terluka memang sakit sgt. Apatah lagi yang menyakitkan kita itu adalah org yang kita sayang. Tapi inilah lumrah kehidupan. Aku tak pernah serik tapi sementara waktu ini aku tak lagi memikirkan keindahan masa depanku. Yang utama sekarang hanyalah fokus pada masa depan Aina. Mungkin suatu waktu dulu aku pernah mengharapkan seseorang yang pernah beri harapan tapi bila aku bukan saja ditolak tetapi dicampak terus maka sejak itu aku kembali sedar bahawa matlamat aku hanyalah Aina. Biarlah segala kepentinganku menjadi tempat terakhir.

Tuesday, February 2, 2010

102. Rezeki

Posted by Iera at 1:16 PM 0 comments
Beberapa minggu lepas aku termimpikan sesuatu. Kata mak, itu tandanya sesuatu akan berlaku dlm hidup aku. Tak pasti ia akan dtg dlm bentuk apa, bagaimana dan bila. Bila fikirkan hal tu, aku jadi takut. Bukan aku takut untuk menghadapi dugaan tapi aku takut akan bentuk dugaan yg akan dtg. Minta2lah dijauhkan. Tapi ada sorang kwn aku ckp, mimpi tu tandanya kita akan dpt rezeki..

Khamis tengahari, aku terima call dr kedai motor yg cek utk motor aku yg hilang thn lps tu dh sampai. Alhamdulillah..tengah mamai di tengahari..dpt berita yg tak terduga. Kira setahun jugak la aku request.

Pagi tadi, bila sampai je ofis..HOD srh aku baca company email. Berdebar jugak la..mana tahu, kot2 ada berita buruk. Dan sekali lagi syukur Alhamdulillah.. Email dh keluar BONUS utk last year akan masuk before 10hb ni. Siap byr sekali dgn reduce working 6 month hr tu..

Ini la rezeki yg tak terduga..Rezeki Aina.. Semuanya utk Aina..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea