Followers

Thursday, February 4, 2010

103. Rasa Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:05 AM 0 comments


Dah lama sorang kwn pendamkan rasa ni kat dalam hati dia. Baru semalam dia luahkan kat aku. Tapi bukan rasa cinta.. rasa yg sorang kwn patut ada kat hati dia. Aku dh lama lost contact dgn dia sejak dia bz dgn life baru dia.

Selama ni dia teramat bimbang kalau2 aku terluka sekali lagi. Teramat takut kalau2 aku bercinta dan berkahwin dgn lelaki yg salah.. Dia tak sanggup nak tengok aku menderita lagi. Dia nak aku still solo mcm ni dan tak yah ada ikatan dgn mana2 lelaki. Terima kasih untuk dia krn mengambil berat hal aku.

Aku tak marah bila dia ckp mcm ni jauh sekali nak melenting. Memang patut pun dia ada perasaan macam tu. Aku tahu, bukan niat dia nak halang aku berkawan dengan mana2 lelaki sekaligus menjalin ikatan akrab cuma dia tak mahu lelaki2 itu mempermainkan aku nanti.

Memang betul, rasa terluka memang sakit sgt. Apatah lagi yang menyakitkan kita itu adalah org yang kita sayang. Tapi inilah lumrah kehidupan. Aku tak pernah serik tapi sementara waktu ini aku tak lagi memikirkan keindahan masa depanku. Yang utama sekarang hanyalah fokus pada masa depan Aina. Mungkin suatu waktu dulu aku pernah mengharapkan seseorang yang pernah beri harapan tapi bila aku bukan saja ditolak tetapi dicampak terus maka sejak itu aku kembali sedar bahawa matlamat aku hanyalah Aina. Biarlah segala kepentinganku menjadi tempat terakhir.

Tuesday, February 2, 2010

102. Rezeki

Posted by Iera at 1:16 PM 0 comments
Beberapa minggu lepas aku termimpikan sesuatu. Kata mak, itu tandanya sesuatu akan berlaku dlm hidup aku. Tak pasti ia akan dtg dlm bentuk apa, bagaimana dan bila. Bila fikirkan hal tu, aku jadi takut. Bukan aku takut untuk menghadapi dugaan tapi aku takut akan bentuk dugaan yg akan dtg. Minta2lah dijauhkan. Tapi ada sorang kwn aku ckp, mimpi tu tandanya kita akan dpt rezeki..

Khamis tengahari, aku terima call dr kedai motor yg cek utk motor aku yg hilang thn lps tu dh sampai. Alhamdulillah..tengah mamai di tengahari..dpt berita yg tak terduga. Kira setahun jugak la aku request.

Pagi tadi, bila sampai je ofis..HOD srh aku baca company email. Berdebar jugak la..mana tahu, kot2 ada berita buruk. Dan sekali lagi syukur Alhamdulillah.. Email dh keluar BONUS utk last year akan masuk before 10hb ni. Siap byr sekali dgn reduce working 6 month hr tu..

Ini la rezeki yg tak terduga..Rezeki Aina.. Semuanya utk Aina..

Thursday, January 28, 2010

101. Aina

Posted by Iera at 1:03 PM 0 comments
Part 1

Aina : Mak..kenapa mak balik lambat?

Aku : Kan ke mak keje..

Aina : Mak selalu balik lambat..Tinggal Na dengan tok..( nada sayu )

Aku : Nak kan nak macam2..tu la mak kena keje..

Aina : Na nak peluk mak..( Aina memeluk aku )

Aku : Sayang anak mak..( memeluk Aina dengan eratnya sambil menahan sebak )

Part 2

Pagi tadi masa aku nak hantar Aina ke rumah pengasuh.

Aina : Petang Na jalan dengan tok

Aku : Pegang tgn tok kuat2 kereta banyak tau..tengok lori tu..kereta..motor..

Aina : Na pegang kuat..tapi kalau Na mati..mak dok dengan tok..

Aku : Ish..jangan cakap macam tu..Aina kan anak mak. Aina tak sayang mak ka? ( Aku sebak menahan airmata )

Aina : Sayang..

Aku : Lain kali jangan cakap macam ni..Mak hanya ada Aina sorang ja..

Wednesday, January 27, 2010

100.

Posted by Iera at 1:34 PM 0 comments
2,3 hr ni pinggang aku sakit sgt. Bila pusing je sakitnya hanya Tuhan Yang Tahu. Nak tido pun susah tp aku still blh bertahan. Aku dah lali dgn sakit mcm ni. Mybe cuma sementara je kot. Ini pun dah 2,3bln sakit perut aku tak dtg. Kalau tak, siap nangis2 lg..Mmg dr dulu lg aku selalu je kena sakit perut ni. Sampaikan terpaksa kena thn kat hospital 2,3jam.

Aku perasan, sejak aku cuba memenuhi dan memberi kesempurnaan kepada Aina, aku mula rasa perubahan2 diri aku. Mungkin inilah pengorbanan yang harus aku berikan sebagai seorang ibu. Sama seperti yang pernah mak dan bapa aku lakukan dulu. Dan mak aku sampai sekarang still berkorban utk aku..utk Aina.

Dan aku tak kan sesekali merungut biar apa pun ujian dan dugaan yg dtg. Biar pun aku terpaksa menanggung kesakitan. Inilah perngorbanan ku utk Aina.

Tuesday, January 26, 2010

99. Eksperimentasi dari Nazri Salleh

Posted by Iera at 1:11 PM 0 comments

Experimentasi dari Nazri Salleh. ( aku copy dr fb dia..hehe..)

Dan bila aku tengok gambar ni, secara auto aku dpt membuat tafsiran di bawah ni..

'Di sebalik pandangan yg sayu ini..tersirat rahsia yg tersembunyi..ada kerinduan..kehausan kasih syg..kepiluan..dan seribu mcm rahsia..
Di sebalik raut wajah ini..ada bermcm cerita duka..ada garis2 luka..kesedihan...
semuanya tak mampu diungkapkan dan tak boleh disingkap...'


Secara jujurnya aku tak boleh tengok gambar ni lama2 krn aku akan nampak segala yang ada dlm dirinya.. Aku akan terasa sedih..

98. Diriku

Posted by Iera at 1:07 PM 0 comments


'Persahabatan itu kembali indah bila aku menolak hati dan perasaan di gaung luka.. Aku bisa berdiri tersenyum dan mendengar cerita indah meskipun jiwa penuh sengsara.. Demi persahabatan itu, aku rela dimakan derita dan mendoakan dia bahagia..'

97. Kesedihan seorang sahabat

Posted by Iera at 12:52 PM 0 comments


Pg tu, aku SMS dia seperti biasa krn hr ni dia akan berdepan dgn keadaan yg tak terduga. Di saat mcm ni dia perlukan sokongan seseorang. Dan sebagai sahabat, aku patut menjadi penyokongnya. Aku sedih dgn situasi yg dia lalui waktu. Sedih yg teramat. Aku tahu, dia mengharapkan keajaiban berlaku tapi Tuhan dah tetapkan bahawa dia harus berdepan dgn keadaan sebaliknya.

Saat aku menulis message, aku sebak. Menahan airmata dr menitis. Walau bukan aku yg lalui semua itu tp aku dpt rasakan apa yg sedang dia tanggung. Seharian hatiku pilu. Kerana dialah sahabat yg terdekat dgnku, yang banyak mendengar suka dukaku..yg memahami segalanya..

Awak, saya akan sentiasa berada disisi awak..Akan sentiasa mendengar cerita suka dan duka awak..Saya harap awak kuat dan tabah dengan ujian ini. Saya percaya, Tuhan akan beri keadilan utk awak. Saya dah tak sanggup tengok awak sedih.. Saya dah tak sanggup nak tengok awak hidup macam ni.. Saya berdoa agar Tuhan berikan kebahagiaan utk awak nanti..

Monday, January 25, 2010

96. Reunion SMPR 1994 ~ 1996

Posted by Iera at 11:47 AM 2 comments
Seperti yang aku bgtau, aku ada reunion sek yg menghimpunkan member2 sek ms Form 4 and Form 5 dulu. Masa tu aku sek kat Sekolah Menengah Permatang Rawa. ( Form 6 aku kat High School BM ). Semuanya di atur lebih kurang 2 minggu.

Malam tu aku dan Yus tumpang kereta Yatie. Walaupun Yatie ni kecik dari kami dua tapi bwk Pesona berdesum je. Yatie dan Yus masing-masing bawak sorang anak. Aku mmg tak bwk Aina. Bukan apa, siang tu Aina banyak main, takut gak malam nanti dia mengantuk awal. Sampai di sana dah ada 2,3 member dengan wife dan asben masing-masing sampai.


Kek ni potong ramai2..


Ambik gambar dulu sebelum potong kek..










Menu malam tu.


Bapak2 budak..


Orang yg bertungkus lumus mengadakan majlis ni..Thanks, bro..


Best friend aku masa sekolah dulu.. Kalau dlm kelas, barisan depan tu tempat duduk kamilah..sebabnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..hehe..








Last picture sebelum balik..

Walaupun majlis tu ada sedikit cacatnya tapi memang best giler. Time ni la baru boleh jumpa. Itupun ramai lagi yang tak boleh nak attend sebab ada comitment dan tinggal di luar daerah. Insyaallah, mybe akan ada lagi reunion yg menghimpunkan semua member2 sek dulu..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea