Followers

Friday, January 22, 2010

95. Reunion SMKPR 1994 ~ 1996

Posted by Iera at 12:52 PM 0 comments
Demam reunion dah terasa. Ahad ni kul 9.00mlm di Puncak Mutiara, Bkt Mertajam. Asalnya aku tak nk join sebab aku ada hal yg tak boleh nak elakkan tp bila aku dah minta permission akhirnya, aku dpt jugak join depa nanti. Dah tak sabar nk jumpa kwn2 lama yg pernah jd geng masa sek dulu. Masing2 sibuk prepare nk pakai apa. Tema adalah bebas.

Dlm excited tu, aku terasa kerdil sekali. Perasaan aku bermacam2. Aku segan utk berjumpa dgn mereka kerana keadaan aku sekarang ni sebab tak semua kwn2 aku tahu status aku. Dan pasti muka aku merah menyala kalau ada yg bertanya soalan2 personal. Kuatkah aku nak hadapi situasi mcm tu?

Itu adalah kenyataan hidup! Aku tahu tentang itu. Cuma aku takut ada di antara mereka yg memandang sinis padaku. Bolehkah aku hadapi nanti?

Monday, January 18, 2010

94. Aina

Posted by Iera at 1:19 PM 0 comments


Kesibukan bekerja dan memenuhi impian Aina membuatkan terkadang aku terlepas beberapa peluang melihat kecerdikan Aina. Hanya melalui mak, aku mendapat tahu hal itu. Sekarang ni Aina suka sangat menyanyi sambil menari. Sejak cerita Tari Tirana disiarkan sehingga sekarang Aina tak pernah lepaskan peluang ikuti setiap siri cerita tu. Kalau aku tak sempat tengok, tanya je kat Aina..pasti Aina akan crita kat aku.

Dia adalah kekuatan, ketabahan dan kesabaran aku. Aku akan berkorban apa saja demi Aina. Akan aku pastikan hidup Aina sempurna segalanya.

Monday, January 11, 2010

93. Dinner at Hard Rock, Penang

Posted by Iera at 11:11 AM 2 comments
Dinner tahun ni kat Hard Rock, Penang dan bertemakan Western/Cowboy Night. Majlis bermula 6.00ptg. Hr tu aku mmg rushing skt sbb aku ada appointment make up kat Kris Pengantin, Bandar Perda. Kenapa aku pilih situ dan tak join Shikin? Sebabnya aku memang puas hati dgn hasil keje diorang ( ms aku kawin dulu, aku make up kat situ juga ). Blik rumah, mak dan Aina puji. Aku, Shikin, Wan ( asben Shikin ) dan Dyh naik 1 kereta. Biasalah bila dah sampai awal, posing dulu la.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Country Manager. Lps je ucapan tu, mkn time. Buffet. Tp mcm biasa, aku ada limit. Memang aku tak blh nk mkn bnyk2. Bila terasa full je, kena stop. Game bermula 8.45pm. Lps je game round pertama, cabutan bertuah. Alhamdulillah, aku dpt jugak baucer Tesco RM50. Rezeki Aina ni.. ( Tp ada org ckp dengki kat aku sebab aku dpt cabutan bertuah tu sdgkan dia x...)Selepas cabutan bertuah, sambung game round kedua. Dan sebelum blik ada lagi cabutan bertuah.

Aku sampai rumah pukul 11 lebih memandangkan jln jem. Biasalah Png bila mlm minggu ni..


Aku dan sepupu aku, Shikin.


Patung Micheal Jackson.












Aku dpt cabutan bertuah Baucer Tesco RM50. Rezeki ni..


Pemenang 'Best Custom'








Friday, January 8, 2010

92. Cerpen Bersiri

Posted by Iera at 1:50 PM 0 comments
Aku dh publish cerpen bersiri bertajuk TAKDIR BUAT KITA kat blog Ilham. Mulanya aku ingat nak tunggu sehingga disiarkan di Penulisan2u tp disebabkan blog tu sedang maintanance, aku publish kan dulu kat blog aku. Kalau ada sesiapa yg teringin nak membaca blh la tgk kat blog :

http://iera-ilham.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

91. Kenapa?

Posted by Iera at 10:49 AM 0 comments


Aku tak tahu mengapa 2 hari ini diri aku bagaikan terawang-awang. Hatiku dan mindaku kosong. Aku seakan hilang diri yang sebenar. Selama 2 hari ni aku terasa malas sekali hendak membaca..tak de ilham nak menulis..x de keyakinan untuk melukis.. Sedangkan aku perlu lakukan salah satu dari itu setiap hari. Dah menjadi rutin harianku walau sepenat mana pun aku bekerja.

Di saat orang lain sedang nyenyak tido, aku boleh lagi berjaga hanya kerana minat tu. Kalau tak menulis, aku akan rasa hidup aku tidak lengkap ( mcm pi Langkawi hari tu, aku tak bwk buku dan pen...). Biarpun coretan-coretan tu sekadar penyeri suasana.

Tapi hari ini.. aku seakan hilang semuanya. Puas aku mencuba tapi ilham itu tidak boleh dipaksa ( sama seperti cinta kn..). Ia akan datang dengan sendirinya. Kdg2 masa aku tgh shopping ke tgh bwk mtr ke, aku akan dpt ilham. HP lah jadi mangsa utk aku simpan ilham itu.

Adakah aku sudah mula membuang 'inspirasi' itu sedikit demi sedikit dr hidupku? Adakah semuanya akan berubah sehinggakan aku terpaksa bangkit semula mencari 'inspirasi' baru?

Tuesday, January 5, 2010

90. Kisah Seorang Kawan

Posted by Iera at 12:19 PM 0 comments

Suasana Baru Kehidupan Anakku

Aku baru sahaja menghantar anak ke sekolah untuk sesi pra-sekolah 2010.Ramai ibu bapa menghantar anak mereka kesekolah siap tunggu anak mereka semasa sesi perhimpunan sehinggalah masuk ke kelas.Mungkin mereka bimbang anak mereka menangis untuk sesi baru ni.Maklum le suasana baru dalam persekolahan tapi aku bersyukur anak aku lebih bersikap ingin berkawan dan suka berkawan. Jadi tak ada masalah untuk menghantar dia kesekolah. Mungkin anak aku suka berdikari sendiri.

Melihat suasana ibu bapa yang menunggu anak mereka, aku tersentuh sedikit kerana anak aku membesar tanpa seorang ibu. Bukan kerana ibunya meninggal dunia tetapi kami bercerai semasa umur dia 7 bulan lagi. Aku yang menjaga anak ini seorang diri. Selepas bercerai ibunya tidak lagi datang menjenguk dia. Sedih kerana ada perempuan yang seperti itu. Tak ada sifat keibuan langsung. Dia tidak pernah bertanya khabar pasal anak dan tidak pernah memberi perhatian kepada anak. Aku sedih dengan nasib anak aku ni.

Aku tau anak aku ni rindukan belaian seorg ibu tapi apakan daya itu hakikatnya. Hanya adik perempuan aku yang memberikan kasih sayang kepadanya walau dia dah ada 2 orang anak dan juga ibu ku. Sekurang-kurangnya ada juga yang mengasihaninya. Mungkin sebab itu dia suka sangat berkawan dan cari kawan tapi kawan dia lebih banyak perempuan dari lelaki dan kawan-kawan perempuan dia kelihatan amat selesa berkawan dengan dia. Mungkin itu kesan dari kurangnya kasih sayang dari seorang ibu.

Namun aku pasrah dengan keadaan ni. Perceraian bukan diminta tapi mungkin jodoh kami setakat itu sahaja.Aku harap anak aku boleh membesar dengan belaian kasih sayang seorang ayah dan sekurang-kurangnya dapat mengisi kekosongan kasih dalam dirinya. Sejak kecil aku menjaganya, kasih sayang dia pada aku cukup mengembirakan aku. Itulah permata hati aku selama ini.

Susah senang kami bersama. Aku amat menyayanginya. Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Itulah yang dinamakan kasih sayang ayah pada anaknya. Sanggup bekorban demi kebahagiaan dan kesenangan dia di masa hadapan. Tiada yang lain aku fikirkan.Hanya dia menjadi keutamaan.

Terima kasih Imee. Daddy sayang kamu.

Tribute: Iman Nazmi Bin Nazri.
Sumber : Nazri Mohad Salleh


Aku copy entry ni dr facebook kwn aku, Naz ( atas permission dia ). Waktu aku baca entry ni, aku letakkan diri aku dlm situasi tersebut. Membayangkan aku sedang menemani Aina. Dan memang kesannya amat menyentuh hati. Namun hakikat itu pasti perlu aku lalui nanti. Sama seperti Naz.

Perjalanan dan cerita hidup kami sama. Memiliki kisah silam yang amat memilukan. Bezanya cuma, ex masih mengambil berat hal Aina. Namun perjalanan dan detik2 sedih itu tetap serupa bila sesuatu keadaan yang memerlukan ibu dan ayah perlu ada bersama. Peritnya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana sebuah keluarga yang sempurna memerlukan ibu dan ayah di samping anak-anaknya.

Apa pun juga keadaan itu, aku dan Naz kena lalui jua kerana inilah sebuah KEHIDUPAN. Menerima hakikat yang telah tertulis buat kami demi memberi kesempurnaan kepada anak. Dan sebagai kawan, aku tetap berharap pencarian Naz selama ini akan berakhir dengan kebahagiaan. Aku tahu..dia seorang yang kuat untuk menempuhi setiap ujian yang datang..

Wednesday, December 30, 2009

89. Aku..

Posted by Iera at 1:35 PM 0 comments


Td engineer aku skype tnya aku sama ada aku ada problem ke x. Sebabnya dia tgk ayat2 yg aku guna kat facebook seakan aku ada problem. Mungkin sejak akhir2 ni ayat2 yg aku guna seakan dlm feeling kecewa..bermasalah.. Adakah aku sekarang dlm keadaan mcm tu?

Aku pn tak pasti. Tp yg aku sedari bahawa hidup aku sedang diuji..sedg dlm keresahan..dalam pelbagai persoalan. Namun semua itu tak pernah menganggu kerjaya dan perjalanan hdp aku. Krn aku adalah aku. Aku takkan pernah tunjuk keresahan di depan org. Biarlah aku simpan segalanya. Walaupun ianya akan menjadi nanah dan berdarah.

Memang aku perasan bahawa aku sdg berperang utk melawan semua dugaan dan ujian. Biarpun nanti aku tersungkur dan kecewa namun aku tak pernah tunduk pada semua itu krn aku telah pn berusaha. Hanya Allah yang tentukan segalanya.

Mungkin bukan hari ini..mungkin juga bukan esok segala yang kita nak jadi milik kita.. Dan mungkin juga hari ini kita kecewa tp bukan kecewa itu milik kita selamanya. Dan mungkin juga hari ini, orang melukakan hati kita, menjatuhkan kita..berhasad dengki dgn kita..tp mungkin juga nanti mereka2 itu akan merasai kembali apa yg pernah kita rasa.

Tuhan itu Maha Adil. Suatu hr nanti pasti akan tiba. Bila kita pergi jauh dari hidup mereka..barulah mereka akan sedari kehilangan kita. Suatu hari itu juga pasti akan tiba..bila mereka dijatuhkan kembali meskipun bukan kita yang lakukan..

Saturday, December 26, 2009

88. Lukisan

Posted by Iera at 4:05 PM 4 comments


Kelmarin aku cari majalah lama. Tiba2 terpandang sketch book. Ada 3 semuanya. Kat dlm tu semuanya lukisan2 yg aku lukis ms dulu dan kini. Sebenarnya ada 4 skecth. Tp yg satu dh hilang entah ke mana. Skecth tu yg 1st aku lukis, siap dgn tandatangan kumpulan InTeam. Bukannya aku yg jumpa depa tp sepupu aku masa depa mai kat sek sepupu aku. Syg jugak kat sketch tu sbb kebanyakan lukisan kat dlm tu aku lukis dr hati yg tgh sedih... Dan hasilnya mmg lebih baik.

Banyak lagi lukisan2 aku yg masih aku simpan. Ada yg aku frame kan. Lukisan tu permandangan waktu mlm. Terus terang aku ckp, aku bab menwarna ni mmg surrender sbb aku tak reti nk main dgn warna. Kalau setakat hitam dan putih..mmg aku terer. Sebab tu kebanyakan lukisan aku semuanya gambar malam. Kira hitam putih. Dan kebanyakan kartun yang aku lukis cuma guna pencil je..Tak de warna..Nape la aku tak reti ea?

Aku still melukis lagi sampai sekarang. Baru beberapa hari lepas aku beli 1 lg sketch book. Minat aku tak pernah padam walau aku sekarang aktif menulis. Bagi aku melukis, membaca dan menulis adalah sebahagian hidup aku. Aku kena jugak buat salah satu dari aktiviti ni dlm sehari. Kalau tak, hidup mcm tak sempurna.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea