Followers

Thursday, December 3, 2009

79. Tak Sukanya Aku..

Posted by Iera at 5:04 PM 2 comments


Aku tak suka situation ni.. Tak suka sangat2. Tapi mampukah aku utk tepis segalanya? Mengelak segala dan membohongi hati sendiri..

Aku ingin sebuah kekuatan dan keteguhan hati utk berdepan keadaan ni... Namun layakkah aku utk menolak hukum alam? Aku hanya manusia biasa..

Tensionnya aku!

Wednesday, December 2, 2009

78. Happy Birthday, Aina

Posted by Iera at 9:15 AM 0 comments


Selamat Hari Jadi, anak bonda..

Aina,
Kehadiranmu bonda dan abah nantikan
Untuk menyeri mahligai cinta
Melengkapi hidup berkasih sayang..

Namun,
Maafkan bonda
Kerana pernah biarkan kau merasai
Derita dan airmata bonda
Kerana membiarkanmu
Melalui sengsara bonda..

Bukan kehendak bonda dan abah..
Tapi takdir itu tak mampu ditepis
Inilah ujian buat kita, sayang..

Aina, anak bonda..
Adalah kekuatan dan ketabahan bonda
Adalah permata hati
Dan denyutan nadi bonda...

Usah kau gusar, duhai anak..
Walau hidup ini penuh ujian..
Akan bonda pastikan
Dikau sempurna segalanya..
Akan bonda redahi lautan dengan keringat ini
Untuk kecemerlangan masa depanmu..

Dan ingatlah, Aina..
Meskipun tidurmu tanpa dakapan kasih abah
Tapi cinta bonda seluas lautan..

Tuesday, December 1, 2009

77. Ntahlah..

Posted by Iera at 2:23 PM 2 comments
Td, sepupu aku yg keje sekali skype aku :

[2:04:38 PM] : Aku x mau tau la apa problem hang...
[2:04:56 PM] : tp jgn la dok sombong sgt...
[2:05:28 PM] : bila hang nak p toilet ka kntin ka ang ajak aku ikut x pnh dok tolak...
[2:05:44 PM] : tp sjk akhir2 nie aku ajk pun ang x mau...
[2:06:42 PM] : ang ada yg x puas hati ka dgn aku...
[2:07:01 PM] : klu ada bg tau aku pun x skit hati dgn prangai hang mcm nie...
[2:07:34 PM] : seolah2 nak kwn bila perlu saja...klu x mau x pyh la kan...
[2:07:53 PM] : 2 yg aku dok nmpk la...
[2:08:46 PM] : aku klu ang x mau ckp dgn aku pun aku x ksh...

Dan ini jawapan aku :

[2:15:02 PM] : aku mn ada apa..
[2:15:07 PM] : aku mmg mls nk pi..
[2:15:18 PM] : aku x ckp dgn hng bkn sbb aku x puas hati..
[2:15:24 PM] : mmg x dak bnda nk ckp..
[2:15:32 PM] : kdg2 dgn dyh pn aku x ckp..
[2:15:57 PM] : dgn k.ros pn kdg2 aku x ckp..

Aku tak tahu knp dia blh tnya aku mcm tu sdgkan aku rs mmg aku tak ada apa2 problem dgn dia. Semuanya berpunca apabila tadi dia ajak aku pi kantin beli mkn tengahari tp aku tak mau. Memang aku mls 2,3 hr ni. Bknnya aku tak puas hati apa. Dan dia pun nak lorat apa kalau aku tak pi sebab asben dia keje sekali. Dia boleh ajak asben dia pi. Ni tak, dia salah kat org lain. Asben dia simpan.

Aku tiba2 rs drop sgt dgn perkara remeh temeh ni. Kdg2 perkara2 mcm ni lah yg blh menjatuhkan reputasi aku. Aku tak tahu apa lagi dugaan yg harus aku lalui lg utk teruskan hidup ni..

Monday, November 30, 2009

Akad Nikah dan Kenduri Ina dan Mizal

Posted by Iera at 4:57 AM 0 comments


Percintaan dr zaman sekolah yg membawa ke jinjang pelamin..



Sabtu lps, adik ex akad nikah. Pd mulanya, aku cuma nk pi hantar hantaran je. Aku pi sorang. Tp kat rumah ex, depa bgtau esoknya br buat hantaran. Kira aku trsalah dpt info la.. Kebetulan adik ex, Ina x ada sape nk tlg siapkan dia, aku pun offerkan diri. Bkn buat apa pn, cuma touch up skt2 je muka dia sebab dia nak natural sj hr tu. Masa aku tgh siapkan Ina, mak ex ( aku still panggil mak lg ), dtg tgk dan puji. Kira banggalah jugak kan. Hehe...Aku tunggu sampai habis majlis gak la.

Ptg tu aku pi sekali lg. Tp kali ni aku bwk Aina dan Wani. Masa Aina tgh main dgn sepupu2 dia, aku dan Wani lepak dlm bilik. Ina tgh tunggu inai kering. Kebetulan adik ex, Dikni pun ada sama, riuh rendah lah. Aku memang satu kepala dgn depa 2 org ni. Terutama Dikni. Ditambah pulak Maksu ex. Masa tu memang Wani terkejut gak la sebab tgk aku dan depa blh satu kepala. Memang dr dulu lg aku ngam dgn depa. Depa pn selalu gak crite kisah peribadi kat aku dr dulu sampai sekarang. Tp aku tetap simpan rahsia dr ex. Sebab ex ni tegas skt.

Masa tgh bg Aina mkn, GF ex call ckp nak blik mlm tu jugak ( dia balik kg dan ikutkan esoknya br dia balik ). Kebetulan aku terdengar. Aku tak tahulah kenapa dia tu tiba2 je nk blik kn. Mybe dia rs mcm tak selamat tinggalkan ex dan dpt tau plak aku dan Aina ada sana. Ada aku kisah..



Wani ajelah yang posing..





Hr kenduri aku pi tghari dgn Aina dan Wani. Memang Ina nampak lain sgt bila dah make up. Aku teringin gak nak tangkap gambar dengan Ina tp Aina plak tak bagi aku tangkap gambar. Aku tak tahu kenapa Aina mcm tak restui je. Ex nak ambik gambar dia pn, dia tak nak. Tp memang letih bila Aina sekejap nak naik atas rumah sekejap nak turun bwh ( rumah ex flat 4 tingkat ). Nasib baik rumah ex tingkat 1, klau x jenuh aku.. Tp Aina bkn dera aku je, dgn ex sekali. Kira dia asyik berkepit dgn abah dia je. Dan ex pulak tak berahsia dgn kwn2 dan sedara dia siapa aku dan Aina.

Bila dah kenduri mcm ni, semua sedara ex dtg dan bila tgk aku dan Aina ada sama dlm fikiran depa ada mcm2 andaian. Tp bg aku andaian2 itu tidak benar sama sekali. Aina pulak kdg2 jln nak aku dan ex pegang tgn dia. Bila org tgk keadaan mcm tu, nampak seolah2 aku dan ex akan hdp bersama balik.

GF ex dtg dh ptg. Masa ex panggil Aina nk bwk kat meja GF dia, Aina tak nak. Aku tak pernah racun fikiran Aina tp semuanya atas kehendak Aina sendiri. Sedangkan sebelum tu Aina tak nak berenggang dgn abah dia. Mungkin Aina dah fhm dan tau siapa perempuan yg ada dgn abah dia.

Aku sedikit pun tak rasa terluka bila tgk ex dan GF dia. Mungkin sebab hati aku dah kuat utk menghadapi keadaan ni. Aku tahu, aku dah blh terima suratan takdir ni sebab tu aku dah tak kisah. Aku ada impian lain dan biarlah kemesraan dan hubungan aku dgn ex yg baik tu jd tanda tanya org.

Monday, November 23, 2009

76. Ikhlaskah aku?

Posted by Iera at 12:47 PM 2 comments
'Kak Iera dah tanya dia, bila dia nak kawin. Tp dia ckp, x tau lg. Kak Iera dah srh dia kenduri sekali dgn Iena. Takkan nak usung anak dara org lama2.'

Ni ayat yg aku ckp kat mak dan adik ex kelmarin yg dtg rumah aku krn nk jemput kenduri adik ex yg sorang lg. Mesti org akan ckp, aku hanya nak sedapkan hati aku. Sebab tu aku ckp mcm tu. Tp sesungguhnya, memang aku ikhlas bila keluarkan ayat tu. Bkn kpd mereka sj tp kpd ex juga.

Aku cuma hrp sekarang ni, dia akan lebih matang dlm mentadbir hidupnya. Dan sekarang aku dah nampak sikap tanggungjawabnya. Mungkin krn Aina. Hubungan aku dan dia hanya kwn dan akan tetap kekal sebagai kwn sampai bila2.

Hubungan aku dan family ex pun masih sama mcm dulu. Tetap mesra. Dan aku tak pernah memisahkan mereka dgn Aina. Cuma, aku masih lagi tak blh nak terima kehadiran GF ex. Luka dihati aku tak pernah sembuh.

Dan Ahad ni..pasti ada hati yg terluka namun yg pasti bkn aku. Dan aku akan pastikan juga bkn hati Aina.

Thursday, November 19, 2009

75. Perkhabaran dari jauh..

Posted by Iera at 1:02 PM 0 comments
Dah lama aku tak berhubung dgn sorang member ni. Tapi berita yg baru aku terima hari ni memang di luar dugaan. Selama ni aku menyangka dia sedang berbahagia. Namun sebaliknya yg berlaku. Aku memang rasa sedih bila dapat tau hal ni. Aku tak sangka semua ni akan terjadi lagi dlm hidup dia. Aku harap dia akan tabah dan kuat untuk melalui semua ni..

Naz, saya harap awak tabah. Saya tahu awak seorang yg kuat. Saya akan sentiasa bersama awak dan selalu sudi utk mendengar kisah sedih awak..

74. Award from Cimi

Posted by Iera at 9:59 AM 2 comments


Aku ambik award ni dari blog Cimi..

Bila dah ambik award, kenalah komen kn..

Cimi :

1. Cute and comel
2. Happy good lucking
3. Ada pakwe yg cute mcm dia jugak...

( Ok x, Cimi?...)

Tuesday, November 17, 2009

73.

Posted by Iera at 2:23 PM 5 comments
Memang hati aku sdg terluka sgt!
Tp di sini masa depan ku..
Aku benci dgn keadaan ni..
Benci sgt2...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea