Followers

Tuesday, January 3, 2017

512. Bukan Azam

Posted by Iera at 12:20 PM 0 comments

Rasa nak menulis balik tu dah lama.. Tapi kadang-kadang mood malas tu mai, memang tak boleh buat apa.. Banyak kisah suka duka yang terjadi sepanjang 2016 tu cuma update kat FB dan yang personal sangat tu simpan sendiri je... Untuk tahun ni, nak try menulis balik.. Itu pun kalau tak ada kekangan masa...

Thursday, September 29, 2016

511. Aku Hari Ini

Posted by Iera at 3:08 PM 0 comments

Aku masih aku yang sama.. 


Tuesday, March 15, 2016

510. Aku Rindu Dia

Posted by Iera at 4:24 PM 0 comments
Kalau aku tanya pada hati.. sungguh aku rindu dia! Selalu sangat aku baca semua email dan chat kami. Ada suka dan duka. 8 tahun bersama..terlalu banyak kenangan..Tapi cuma aku. Dia langsung tak akan ingat semua tu kerana kebencian yang ada pada dia. Aku tak pernah lupa warning itu. 'Jangan buat saya benci awak..kerana saya akan benci selamanya'. Dan sebab itu, aku tak pernah merayu apatah lagi mengharap dia kembali pada aku. Walau terkadang aku nak sangat tahu apa salah aku supaya aku boleh perbaiki kesalahan itu, tapi aku takkan buat macam tu. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Berdoa yang baik-baik. Untuk dia..yang pernah menjadi kawan dan sahabat terbaik. Aku sayang dia!

Friday, March 11, 2016

509. Birthday Aina

Posted by Iera at 2:45 PM 0 comments


Tarikh : 2hb Disember 2015
Aktiviti : Birthday Aina 

Sambutan yang simple tapi buat Aina tersenyum. Apa yang dia nak semua dipenuhi. 




508. Love

Posted by Iera at 2:40 PM 0 comments

Love is not how we forget, but how we forgive. 
Love is not what we see, but what we understand.
And love is not what we hear, but what we feel..
One thing that can not forgotten about you is when you are present in my life to be with the confidence that you gave me..
If we should be parted, always remember when we made things together..
Love her as usual
The past is the choice that we've been through. The future is a choice that we have planned.
Forget the end of our story because it will only make you always grieving. 
Be happy as always...

-iera-
*Cinta kita hanya kita yang tahu.. Kita berpisah kerana kita terlalu sayang antara satu sama lain..perpisahan ini bukan satu kekecewaan tapi keredhaan yg membahagiakan..

24hb Nov 2015

507. Aina dan Pasukan Hoki

Posted by Iera at 2:35 PM 0 comments
Tarikh : 13hb Nov 2015
Tempat : Route 69 Bandar Perda
Aktiviti : Hari Penyampaian Sijil Hoki 


Mama bangga dengan Aina menyertai pasukan Hoki sekolah dan terpilih mewakili sekolah. Walaupun tak menang, tapi kesungguhan Aina dan kawan-kawan sudah cukup membanggakan. 

506. Dah Tua Dah

Posted by Iera at 2:29 PM 0 comments


Dah masuk 36 tahun 8hb Nov 2015!





505. Kak Is Naik Pangkat

Posted by Iera at 2:26 PM 0 comments
Tarikh : 31hb Oktober 2015
Aktiviti : Farewell Lunch 
Tempat : Jen Hotel & Ofifice






Inilah kawan, sahabat dan juga kakak. 
Yang selalu mendengar masalah..
Yang boleh buat ketawa sehingga keluar airmata..
Yang selalu temankan makan nasi kandaq..
Yang memahami setiap kesedihan..
Yang bersama waktu susah dan senang..

Walau sedih dengan perpisahan ini, tapi aku tetap happy sebab impian dia dah tercapai. You deserve it, Kak Is. 


504. Wani Bertunang

Posted by Iera at 2:17 PM 0 comments
Tarikh : 26hb Sept. 2015




503. Penang City Walk

Posted by Iera at 2:13 PM 0 comments
Tarikh : 1.1.2016
Tempat : Padang Kota Lama
Jam : 8.00 pg
Aktiviti : Berjalan sejauh 5km 



Ada mcm2 persembahan sepanjang perjalanan. Pancaragam, Buskers dll tapi tak ambik banyak pic. Masa tunggu cabutan bertuah, ada Zumba, Boria dan persembahan kebudayaan dari 3 kaum (Melayu, Cina dan India).

Bukti!

15,000 penyertaan.

Design yang simple tapi cantik.

Finish : 9.26 pagi

Habis je still tunggu lagi sebab ada cabutan bertuah. Tapi tuah kat adik aku, Wani. Dia dapat Baucer Lunch kat Georgetown City Hotel. Memang bertuah la dia sebab hadiah cuma 90 je. Balik tu memang penat sangat dengan kaki sakit lagi. Mana taknya, tersangkut jem dekat 2 jam sebab kat tengah Penang Bridge ada roadblock. 

Tuesday, February 16, 2016

502. Blog Bersawang

Posted by Iera at 1:40 PM 0 comments
Sudah lama tidak update kat blog ni. Bukan saja tak update, tak jenguk langsung. Dah bersawang.. Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ni. Semua akan di update kemudian. In Sha Allah.. 

Wednesday, September 2, 2015

501. Cuti Merdeka 2015

Posted by Iera at 3:49 PM 2 comments
 
Tarikh : 30.8.2015
Tempat : Kenduri Jarak Tengah & Cherok Tok Kun


 
Dengan budak debab ni..

 
Dia pun nak make up jugak.

 
Tuan rumah aka kawan baik masa keje kilang NIKKO dulu.

500. P.Ramlee The Musical

Posted by Iera at 3:45 PM 0 comments
 
Tarikh : 29.8.2015
Tempat : Dewan Sri Pinang, Penang
Harga Tiket : RM83, RM103, RM153 dan RM203
 
Barisan Pelakon : Tony Eusoff (P.Ramlee), Tiara Jacquelina (Norizan), Asmidar (Junaidah), Nadia Aqilah (Saloma), Aznil Nawawi (Pak Haris) dll.
 
Sinopsis : Kisah hidup dan suka duka perjalanan hidup P.Ramlee dalam persembahan muzikal.
 
Komen aku : Memang best sangat..tak rugi pi tengok.. Tak rugi keluarkan duit tiket. Suara semua power2....persembahan yang mantap..
 

 
Lepas abis tengok P.Ramlee The Musical, merewang dulu kat Padang Kota.

Friday, August 28, 2015

499. 3 tahun Sudah

Posted by Iera at 2:36 PM 0 comments


Hari ini..genap 3 tahun aku kat ofis ni. Tapi rasa macam dah lama kat sini. Mungkin suasana..kawan-kawan kat sini yang buatkan rasa macam tu. Walaupun adakala ada warna hitam disebalik warna indah..yang penting, memang happy kat sini. Ditambah ada kawan-kawan rapat yang baik dan memahami..

 
 
Sayang mereka ini...
 
 

498. Kenangan

Posted by Iera at 2:30 PM 0 comments
 
 
Bila setiap laluan itu penuh kenangan..
Bila semua tempat itu ada sejarahnya..
Aku terasa sangat pedih..
Aku rasa sangat terluka..

Friday, August 21, 2015

497. Cite Perasan Sendiri

Posted by Iera at 4:36 PM 0 comments

 
Ada meeting tadi..tapi untuk aku, hanya separuh hari saja. Tapi masa aku masuk dalam bilik meeting untuk hantar fotokopi dokumen yang bos mintak.. Ada 2 orang member tegur kata muka aku berseri lain macam. Macam seri pengantin. Pengantin la sangat.. Dengan sapa la aku nak bersanding nanti. Pengantin lelaki pun tak ada..haha.. Ala, depa ni dah seminggu tak tengok aku..depa rasa macam tu la.. Serius, tak nampak bayang lagi nak ke arah itu.. Berdoa aje lah...Allah ada sebabnya. Mungkin waktu ini bukan yang terbaik untuk aku hidup dengan sesiapa. Yang penting, aku korbankan semua untuk Aina.  
 
*aku memang rindu dia tapi aku redha dia bukan untuk aku..

496. Pixels Movie

Posted by Iera at 4:26 PM 0 comments
 
Tarikh : 15.8.2015
Tempat : TGV 1st Avenue
 
Sinopsis : Film komedi sci-fi 3D barat berjudul “Pixels” ini merupakan film yang bercerita tentang alien yang salah melakukan tafsir video game Arcade klasik sebagai deklarasi perang terhadap bumi. Para alien pun melakukan penyerangan terhadap bumi dengan menggunakan video game. Presiden Will Cooper ( Kevin James ) meminta bantuan dari sang sahabat kecilnya bernama Sam Brenner ( Adam Sandler ). Sam adalah juara video game pada tahun 1980. Sam pun harus memimpin sebuah tim video game klasik untuk melawan dan mengalahkan para alien dan menyelamatkan bumi.
 
Komen aku : Boring sikit..start cite aku dah mula menguap..ada la adegan lawak tapi biasa-biasa saja...

Tuesday, August 11, 2015

495. Berkecil Hati

Posted by Iera at 11:04 AM 0 comments
 
 
Mungkin aku yang sangat emotional. Di awal bulan sehingga aku berprasangka yang bukan-bukan. Tapi lately
ni memang itu yang aku rasakan. Aku tak mintak pun hubungan ni diubah dari persahabatan kepada kekasih. Aku faham erti kehilangan. Aku mengerti perasaan tidak boleh dipaksa dan memerlukan masa.
 
 
Hadir aku dalam hidup dia ikhlas. Atas nama PERSAHABATAN. Aku adalah manusia yang caring..yang terlalu menjaga hubungan. Jika apa yang selama ini aku lakukan dalam hubungan kami buatkan dia rasa perlu dibalas dengan perasaan..dia salah. Aku tak mintak semua tu. Aku memang terasa sangat dengan dia. Bila aku Whatsapp tak reply sedangkan dia tengah on9. Kalau reply lambat sangat. At least reply bagitau tengah bz..aku faham. Mungkin aku ni yang ke berapa ratus dalam senarai dia. Aku tak ada makna dalam hidup dia. Aku tak mintak untuk dia war-warkan yang kami ni rapat. Aku tak nak pun.
 
Ada perbezaan ka aku dengan yang lain? Atau dia rasakan dia tak perlukan aku lagi dalam hidup dia? Rasakan aku ini cuma menganggu dia? Berterus terang jika itu yang dia mahu. Aku boleh terima tapi tolong jangan layan aku seperti aku yang terhegeh-hegeh. Aku memang tersangat BERKECIL HATI sekarang. Tambah lagi bila aku dengar satu perkara. Tapi apa hak aku untuk mempertikaikan semua itu.
 
Benar kata seseorang..aku terlalu mengambil berat terhadap orang lain tapi akhirnya aku akan ditinggalkan dengan luka-luka yang penuh dihati. Aku hanya menangis dan melalui hari-hari ini dengan rasa kesedihan. Tapi aku selalu berkata..aku terima dan redha sedangkan hati aku..
 
Mungkin ini nasib aku. Aku selalu diberi ujian hati. Datang dan pergi seseorang yang bermakna dalam hidup aku itu perkara biasa. Apapun aku kena redha..aku kena terima kerana aku yang tak pernah ubah bertegas walaupun dalam persahabatan.

494. Hati

Posted by Iera at 10:33 AM 0 comments
 
 

493. Karya Seni

Posted by Iera at 10:31 AM 0 comments
 
Semua ni hasil lukisan dan karangan aku dulu. Dah terkena ayaq hujan dan banjir. Memang sayang betul. Ada yang boleh simpan lagi, ada yang tak boleh. Salah aku jugak suka terlupa.
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea