Tahun lepas beli bunga je tapi tahun ni terlebih rajin sikit... Buat bookmark untuk semua cikgu yang mengajar Aina. Simple je. Dan buat jugak untuk anak menakan yang 3 orang tu..
Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti9 years ago
-
Short update9 years ago
-
Zahira dah 5 bulan9 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #110 years ago
-
Rizalman for Zalora11 years ago
-
-
SEMENTARA14 years ago
-
Seorang Wanita Itu....14 years ago
-
Sunday, May 18, 2014
Sunday, May 11, 2014
430. Jejari Nestum
Saja try bila kawan ofis share resepi yang ambik kat FB RESEPI DIANA.. Memang senang buatnya.. Masuk ni dah kali ke 3 buat..
Gambar yang 1st tu yang aku buat.. Dan yang satu lagi resepi yang aku ambik. Try la.. Memang senang dan budak-budak pun suka..
Bahan-bahan:
Coklat masakan
Roti Hi5
Nestum
Butter (tp aku guna koko butter)
Cara membuatnya:
Potong roti macam bentuk jejari..Lepas tu bakar hingga kekuningan. Cairkan coklat dgn butter. Kemudian celup roti tadi dan salut dengan nestum. Lepas tu dah boleh makan..
Saturday, May 10, 2014
429. Happy Birthday, Yusniza
Ni umpama karekter kami masa remaja dulu. Sebelah kiri tu aku..masa tu aku memang rambut panjang dan rambut Yus masa tu blow.. Tapi tang badan aku tu, aku tipu sikit la sebab aku memang dah "comey" dah.. Yus je maintain sampai la.. HAPPY BIRTHDAY, FRENS..
428. Pilihan Hati
Membuat pilihan bukan mudah meskipun pilihan itu cuma satu. Memilih untuk terus begini dan mengharap pada seorang yang belum tentu untukku atau aku memilih dia yang sedang menungguku.. Istikharah adalah jalan terbaik.. Itu nasihat semua orang. Ya, itu yang terbaik..
Aku cuba redha menerima takdir untukku. Cuba redha seperti Mya di dalam Dia Isteriku atau Mr.Arrogant.. Tapi itu cuma cerita novel yang diadaptasi ke drama. Ini sebuah realiti hidup. Aku tak mampu lagi untuk redha menerima seseorang begitu saja. Mungkin dia berada dalam kehidupanku tapi bukan berada dihatiku. Aku sedang cuba jika dia itu akan membahagiakan aku. Yang boleh menjadi imamku. Cuma aku perlukan masa. Sampai bila? Aku tak punya jawapan.. Tapi aku takkan biarkan dia terus berharap dan menungguku yang penuh seribu alasan...
Berikan aku kekuatan..aku ingin bahagia sepertinya orang lain..
427. Selamat Hari Ibu
Tuesday, May 6, 2014
426. Nasihat dari BFF
Ada satu hari tu..aku ber msg dgn BFF aku. Banyak sebenarnya yang tersimpan dihati yang aku nak ceritakan tapi aku tak mampu luahkan semua.. Tapi bila dia keluarkan ayat ni..terus airmata keluar. Sebab aku tak pernah bayangkan semua tu.. Aku hanya tahu aku ada dia sehingga aku terlupa pada kemungkinan... Aku masih perlukan dia temani hidup aku walau cuma kawan baik..
"Sampai bila awak nak bergantung harap pada kawan2 awak waima saya sekali pn sbb ape kerna 1 masa nanti tidak mustahil kalau takdir mengatakan saya perlu lupakan awk dalam hidup saya ketika itu...Awak tahu?saya tahu?
Pastinya saya xtahu kerana tuhan yang merencanakannya...
Sy xnak tengok awk macam sekarang..Saya nak awk ada pasangan...sebab ape...sebabnya itulah nama kehidupan...
Sekarang bukan kehidupan awk yang sebenar...awk hidup tapi hidup dalam dunia awk ...merasa apa yang awk rasa...
Tidak ada teman yang setia...yang halal bagi awak untk meluahkan segala duka awk ketika itu...
Maaf kala kata2 saya ini membuat awak terasa...tapi jika saya tidak memberi suntikan pada awk maka gagal la saya dalam berkawan dengan awak...apa maknanya kita untuk berkawan????ini lah yang cuba saya lakukan pada awak....
Sy bukan nak bagi tekanan pada awk tapi sy nak awk fikir cara terbuka tidak lagi rasa takut untuk hadapi satu kenyataan..."
*Saat ini..kalaulah dia tahu semuanya...
Sunday, May 4, 2014
425. Percubaan Aina guna Water Colour
Memang aku pantang sikit masuk Popular ka Youngs One ka..aku meronda sakan kat dalam tu kat bahagian art.. Hari tu aku saja belikan Water Colour, berus dan colouring book.. saja nak biasakan Aina guna water colour.. Alhandulillah..walau 1st time guna, hasil memuaskan.. lepas ni aku ada banyak lagi planning nak dedahkan Aina dengan seni.. Nak hantar p kelas tak mampu.. So, dengan apa yang ada dalam diri aku ni..aku curahkan untuk Aina..