Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti9 years ago
-
Short update9 years ago
-
Zahira dah 5 bulan9 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #110 years ago
-
Rizalman for Zalora11 years ago
-
-
SEMENTARA14 years ago
-
Seorang Wanita Itu....14 years ago
-
Thursday, June 28, 2012
376. Anak sedara baru
Adik bongsu Mr.x dah pun selamat lahirkan baby girl 14hb lepas. Sempat la aku ke rumah dia kat Kulim minggu lepas. Si Aina ni memang suka dengan budak-budak.. Dengar je maksu dia tu ada baby, mula lah tak senang duduk nak pi tengok. Baby dan ibu sihat.
375. Exam
Dapat jugak tawaran buat exam MPSP baru-baru ni (20/6). Memang apply on9 last year, ingatkan dah tak ada apa dah..aku pun dah malas dah nasib baik tergerak hati nak Check email Yahoo!. Tapi hati berbelah bagi. Apply jugak la cuti. Satu apa pun tak baca. Tawakal je lah.. Hari tu pi jugak lah. Punya la ramai. Lepas exam, kalau lulus baru dipanggil interview. Tak kisah la dapat ke tak.
Categories
Kerja
374. Harapan
Aku berharap agar semuanya akan berakhir dengan baik. Dari pelbagai sudut. Moga semuanya kembali pulih seperti sedia kala. Insyaallah.. Amin.
Saturday, June 23, 2012
373. Kisah Lalu
Setiap wanita yang bergelar isteri dah cuba beri yang terbaik untuk suami dan rumah tangganya. Walaupun pengakhiran yang mengecewakan tapi itu bukan bererti isteri tu gagal dalam mentadbir rumah tangganya. Kerana setia detik waktu yang berjalan itu seorang isteri itu akan menghamba diri untuk suami dan keluarganya. Jangan menunding jari kepada isteri seorang jika rumahtangga itu gagal dipertahankan kerana yang patut sama-sama mentadbir mahligai itu adalah kedua-duanya.
*mungkin pada orang lain aku adalah wanita yang gagal dan banyak melukakan hati seorang lelaki tapi yang tersirat itu hanya ku yang tahu..adil ke menghukum tanpa mengadili kedua-dua pihak. Hanya Allah Maha Mengetahui Segalanya.

Soal Hati
Thursday, June 21, 2012
372. Ujian
Sedang benar-benar diuji dengan hebatnya sehingga terkadang rasa tak mampu dah nak hadapi. Tapi sebagai makhluk Tuhan, aku redha dan terima semua ini. Walau sejauh mana pun aku berlari..ianya adalah sebuah hakikat yang perlu jugak dilalui. Masalah kesihatan yang memakan masa untuk sembuh, masalah emosi yang kian tercabar..juga stress yang membuatkan setiap hari perlu lawan agar tidak rebah... Semuanya datang serentak.. Walau apa pun, aku tidak akan mengalah.. Aku akan terus hadapi semua ni... Dan terus berdoa agar dapat melaluinya dengan tabah.. Mungkin ini peluang untuk aku memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri serta bermuhasabah diri. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
Categories
Soal Hati
Friday, June 15, 2012
371. Pintu Hati
Ya Allah, aku pernah memohon kepadaMu agar Kau tutupkan pintu hati ku serapat-rapatnya kepada mana-mana hati yang aku tersinggah tanpa sedar...dan dengan kuasaMu Kau makbulkan doa ku itu sehingga aku tidak sedar masa telah berlalu sekian lamanya... Tapi hari ini dengan kuasaMu juga tiba-tiba pintu hati ku yang Kau telah tutupkan itu terbuka semula dan tanpa ku sangka hati yang ku singgah itu adalah orang yang sama.. Aku terima ujianMu ini dengan pasrah.. Jika benar dia ditakdirkan untukku, kau satukanlah kami dalam keredhaanMu. Sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui SegalaNya.. Tapi seandainya, dia hanya sekadar persinggahan.. Kau tutupkan kembali pintu hati ku semula selama-lamanya.. Kerana aku hanya manusia lemah yang tidak berdaya menentang arus.... Amin...
Categories
Soal Hati
Thursday, June 14, 2012
370. Novel
Macam mana nak menulis kisah sebenarnya jika tiap kali bait- bait ayat di taip, air mata pun berlinangan....
Categories
Soal Hati
369. Aina
Situasi 1.
Aina tengah duduk atas basikal. Masa tu Mr.X ada sama kat situ. Kemudian Aina mintak abah dia dukung anak adik Iera yang Iera sedang dukung tapi Mr.X geleng kan kepala. Tahu apa Aina kata kat abah dia?
'Tu la dulu-dulu masa Aina baby tak mau dukung. Lari tinggalkan Aina. Sekarang nak dukung baby pun tak tau.'
Abah dia cuma tersenyum..
Situasi 2.
Iera dan Mr.X berdiri bersebelahan. Sedang tengok Aina yang bermain bola. Tiba-tiba Aina tergelak sambil berkata :
'Horrey..mama dan abah dah kawin..tu berdiri sama-sama.'
Situasi 3.
Masa on the way nak ke sekolah. Tiba-tiba Aina merungut.
Aina : Abah ni tak sayang Aina.
Iera : Awat pulak ni?
Aina: Kalau abah sayang Aina, abah takkan tinggal Aina. Mesti abah duduk dengan Aina. Ni tak, abah pi duduk dengan Tok Kiah. Tengok orang lain, abah depa sayang kat depa. Tu abah depa duduk sekali.
Iera : La, tak baik cakap macam tu...abah kan pi keje...
Aina : Yalah tu...
*semuanya amat menyentuh hati Iera sebagai ibu tapi Iera takkan mengalah untuk berdepan dengan banyak lagi karenah Aina walaupun Iera semakin sedar Iera semakin goyah.

Aina
Wednesday, June 13, 2012
368. Berbelah Bagi
Dah lupakan pasal hal ni.. Tapi tadi bila bukak email, terkejut jugalah.. Hati memang berbelah bagi. Apa pun, try dulu kan...
Tuesday, June 12, 2012
367. Teddy bear
Rasa macam nak bakar atau buang saja teddy bear ni...aku tak suka segala yang ada hubungkait dengan ia. Tapi dah bukan hak aku, terpaksalah aku simpan jugak...
365. Impian Aina
Untuk anak mama, mama balut luka yang masih berdarah untuk kebahagiaan puteri mama. Tiada yang lebih bermakna bila mama lihat sinar kebahagiaan di wajahmu...Selagi mama bernyawa, selagi itu mama akan terus berkorban walaupun hati mama hancur lebur....
Categories
Aina
364. Satu Malam
Takdir itu masih tertulis untuk perjalananku..sakit itu masih menghantui diriku.. Andai ini ujianMu padaku hambaMu yang kerdil, aku terima azab ini dengan redha. Sesungguhnya aku yang memilih laluan itu sedangkan aku punya pilihan untuk pilih lorong yang terbaik untukku.. Aku masih bertahan untuk seketika dan berkorban segala perasaan namun seandainya jiwa ini lebur dan berderai, aku terpaksa melupakan semuanya selamanya dan takkan menoleh lagi.
Categories
Soal Hati
Friday, June 8, 2012
363. Redha
Aku hanya inginkan naluri dan gerak hati seorang ibu untuk menemani puteriku sepanjang usia..aku memohon di seketika ini dihilangkan rasa seorang wanita yang sentiasa benar dan tepat..Tapi aku redha jika ini takdirNya untukku.
Categories
Soal Hati
Friday, June 1, 2012
362. Bohong
Kenapa ada orang suka cakap bohong? Hari ni auta..esoknya auta ini tapi benda yang sama...
Categories
Kawan
Subscribe to:
Posts (Atom)