
Kadang-kadang tak faham dengan sikap manusia ni..Sedang elok kita menikmati kedamaian dan keindahan awan nan biru..dan menghirup segar kasih sayang ikatan persahabatan..tiba-tiba berdentum pulak guruh di langit. Kilat memancar..bertempik ke seluruh alam..cuba memanah hati orang lain..Manusia yang waras akan menggunakan akal..yang tidak tahu apa-apa akan menerpa begitu saja..
Cukup la, wei..sudah bosan dengan karenah dalaman..SATU PENGHINAAN yang masih terkesan dihati TAK PERNAH TERUBAT walau semahal manapun mujarabnya. Biar hidup berdiri dengan hanya kaki kanan dari memberi beban kedua-dua kaki..Yang pasti, serahkan saja pada Yang Esa. Kerana DIA MAHA ADIL DAN BERKUASA.