Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti8 years ago
-
Short update9 years ago
-
Zahira dah 5 bulan9 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #110 years ago
-
Rizalman for Zalora11 years ago
-
-
SEMENTARA13 years ago
-
Seorang Wanita Itu....14 years ago
-
Blog Archive
-
▼
2010
(146)
-
▼
August
(25)
- 204. Fever & Flu
- 203 . Cuti
- 202. 2 Hero Yang Akan Resign
- 201. Dugaan
- 200. Update
- 199. Doa dan Harapan Untuk Aleya
- 198. Macam Mana Boleh Lupa Pulak..
- 197. The Intruder Thai Film
- 196. Kalah Orang Berpuasa
- 195. Kenangan Bulan Puasa
- 194. Aina..Aina..
- 193. Ujian
- 192. Berbuka
- 191. Gambar Lama
- 190. Selamat Menyambut Ramadhan..
- 189. Aina
- 188.
- 187. Emo Pagi Isnin
- 186. Audit
- 185. Remove FB
- 184. Aina
- 183. Result 7 month
- Happy 1st Anniversary!!
- 181. Shopping
- 180. Bergediks dengan Aina
-
▼
August
(25)
Monday, August 30, 2010
204. Fever & Flu
Aku diserang demam dan selsema. Dah tiga hari still macam ni. Tapi tetap berpuasa. Cuma lebih banyak berbaring. Hari ni kena jugak datang ofiss sebab officemate sorang lagi tu on leave. Terpaksa jugak buat keje yang bertimbun. Bila dah sihat nanti aku akan update pasal Aleya dan ziarah blog kawan-kawan semua..
Wednesday, August 25, 2010
203 . Cuti
Esok aku cuti sehingga Ahad. Esok saja aku apply cuti. Nak beli barang-barang untuk kuih raya. Jumaat cuti Nuzul Quran. Sabtu dan Ahad dah memang cuti.
Insyaallah, 4 hari ni kena concentrate buat kuih raya..Banyak tau kena buat..Untuk rumah dan adik aku. Bukan sejenis tapi 4 jenis..Almond London, Tart Nanas Gulung, Biskut Denmark dan Semperit. Dah tu semuanya dalam quantity yang banyak. Terutama Tart Nanas Gulung..favourite mak aku..Kalau mak aku free, dia tolong lah..kalau tak, akulah sorang-sorang buat semua tu..

Categories
Family
202. 2 Hero Yang Akan Resign
Dua orang staff kat company aku akan resign hujung bulan ni. Memang mengejutkan bila Country Manager send out email. Dah la hero yang tak kawin lagi ada dua orang ni saja pun..hehe..
Ni Jeff. Senior BIM Engineering. Handsome guy. Adik aku, Wani admirer kat dia.
Yang ni pulak Boon Kai, Application Engineering. Kira dia satu department dengan aku. Apa-apa pasal technical memang refer kat dia. Aku pun banyak belajar dari dia dan selalu share apa-apa yang member ofis aku buat aku sakit hati.
Depa dapat offer lebih baik dari company lain. Yelah, bila selalu pi customer site..keje ok..attitude ok..dapat la offer yang ok.. Aku? Still setia kat sini..Banyak yang kena belajar lagi..

201. Dugaan
DIA menguji lagi..walau bukan untuk aku tetapi tetap terasa bahangnya. Apa pun, terima semua ini dengan redha. Yakinkan diri bahawa setiap dari kita yang bernafas di bumi ini punya ujian tersendiri. DIA menguji supaya kita sentiasa ingat kepadaNya..Ampunkan hamba-hambaMu yang kadang-kadang terleka ini, Ya Allah..
Categories
Family
Tuesday, August 24, 2010
200. Update
Sejak 2, 3 hari ni aku agak bz sikit. Keje yang bertambah-tambah, dengan customer visit lagi..study untuk Audit next month dan persiapan Syawal..
Alhamdulillah..dengan rezeki yang Tuhan bagi dapat jugak aku gantikan bumbung dapur rumah aku yang dah berkarat tu dengan yang baru. Rumah kampung macam nilah.. 3,4 tahun sekali kena tukar tu kena tukar ni...Dan orang yang menukar tu adalah ex dan sorang kawan dia. Mak aku saja je panggil dia. Yelah, dari bagi upah kat orang lain lebih baik bagi kat dia. Lagipun duit upah tu untuk anak dia jugak. Anak dia tu, anak aku..hehe..Aku nampak la sikit perubahan ex sekarang. Dia dah mula pulun cari duit. Habis keje dia buat part time. Sabtu dan Ahad ambik upah buat rumah kawan dia pulak..
Bila dah ganti bumbung tu, kenalah mengemas balik. Penatnya. Nasib baik boleh tahan puasa. Dah tu mak aku sekarang tengah excited mengemas pinggan mangkuk dia tu. Pindah ke almari kaca idaman dia tu..Dan dia tengah buat hiasan untuk balang kuih-kuih raya. Siap ambik upah lagi. Ditambah dengan adik-adik aku yang order sama.
Aku ada Audit 3hb Sept ni. So, sekarang aku tengah study. Walaupun semuanya berkaitan dengan keje setiap hari aku buat, tapi Internal Audit ni bahaya sikit sebabnya yang Audit tu dari staff company aku jugak. Lagi senang la depa nak cari kesalahan. Tapi Insyaallah..aku yakin aku boleh lakukan yang terbaik.
Baju raya Aina dah beli. Cuma baju kurung moden dulu. Excited bukan main. Siap tayang-tayang kat sepupu-sepupu dia. Tapi tu lah...terlari tema sikit. Aku dan Wani warna lain tapi Aina purple colour..Bukan main suka lagi Aina...

Monday, August 23, 2010
199. Doa dan Harapan Untuk Aleya
Ni Aleya. Anak bestfriend aku, Nurhayatie. Umurnya 6 tahun. Sekarang dia sedang terlantar di GH Penang kerana demam panas dan paru-parunya dijangkiti kuman. Mulanya dia dimasukkan ke Bagan Specialist kerana demam panas tapi disebabkan kesilapan dari pihak Bagan Specialist yang drig air banyak sangat, dia terpaksa dihantar ke GH Penang untuk keluarkan air tu. Memang kasihan sungguh. Aku tak berkesempatan lagi melawat Aleya. Dari Yus, aku dapat tau perkembangan terkini Aleya. Sekarang ni, Aleya dah ok sikit cuma tak dibenarkan menerima pelawat.
Memang sedih bila tengok Aleya dalam keadaan macam ni. Umpama melihat anak sendiri. Apa yang mampu hanyalah mengirimkan doa dan harapan agar Aleya sembuh dan kembali seperti sedia kala. Dan untuk Yatie, dia memerlukan sokongan..perlu mengumpul sejuta kesabaran dan kekuatan untuk berdepan semua ini. Moga dia terus tabah.
Friday, August 20, 2010
198. Macam Mana Boleh Lupa Pulak..
Bila tengok kalendar tadi, baru teringat..Aku dah terlupa hari penting tu..12hb Ogos & 15hb Ogos adalah hari arwah bapak dan bapak tiri aku meninggal..12 tahun dah arwah bapak aku pergi menghadap Ilahi. Cepat masa berlalu..
Bapak aku meninggal masa tu aku masih Upper Six. Selepas setahun lebih dia sakit penat dan paru-paru rosak ( bapak aku kuat hisap rokok ). Arwah bapak aku memang rajin..kalau mak aku sakit ke demam ke, dialah yang tolong buat keje rumah. Kalau ada kenduri kendara, dia ringan tulang. Bab kira-kira ni, serah kat dia. Memang terer. Aku tak ralat dengan pemergiannya sebab aku dah penuhi permintaannya supaya bagi ruang kat adik-adik belajar memandangkan mak sorang je keje. Cuma arwah tak sempat melihat anak-anaknya jadi seperti sekarang. Walau tak seorang pun berjaya berada di tahap tertinggi tapi tetap jadi manusia yang sempurna. Tinggallah mak aku sorang sara kami 7 beradik..Tanpa bantuan sesiapa..tanpa meminta kat mana-mana..
Dan bapak tiri aku meninggal tahun lepas. Aku dah publish pasal arwah last year.
Moga mereka aman di sana. Al-Fatihah..

Wednesday, August 18, 2010
197. The Intruder Thai Film
Semua family aku layan tengok cerita ni Sabtu lepas, kata mereka best. Aku memang teringin sangat nak tengo cerita ni tapi aku fobia dengan ular . Bila depa dok ulang tengok sangat, aku pun paksakan diri tengok. Tapi sampai je scene yang ada ular, mesti tutup muka dengan bantal. Tak pun, aku peluk Aina. Huh, ngeri..rasa semacam je tengok ular yang banyak tu..
Pada aku, cerita ni memang best. Kalau tak caya, tengoklah..tapi pastikan korang bukan fobia ular macam aku…( aku mula fobia masa pregnant kat Aina..) sebabnya malam tu aku tidur ditemani mimpi ular-ular tu..ngerinya hanya Tuhan yang tahu..nasib baik ular-ular tu tak sentuh aku..kalau tak, mau menjerit dibuatnya..Tapi tulah..mak aku cakap..kalau mimpi ular tu syaitan yang menjelma. Bukannya ada orang nak meminang pun. Ini pun mak aku dengar dari orang yang bijak pandai hal agama..
Categories
Family
Tuesday, August 17, 2010
196. Kalah Orang Berpuasa
Petang Ahad, sedang aku tengok cerita Toy's Story..Aina datang kat aku.
Aina : Mama..mama..Na lapaq nasi ayam la..
Aku : Petang sikit la..
Aina : Ok..
Aina keluar bermain semula. Tak sampai 5 minit dia datang lagi.
Aina : Mama..mama..Na lapaq laksa la..
Aku : Aik, tadi kata nak nasi ayam..ni laksa pulak..
Aina : Nak laksa 'Abg, laksa satu '..( Laksa tu kat Taman Ciku..Bila lalu je depan laksa tu, Aina selalu laung macam tu kat budak-budak jual laksa )
Aku : Oklah..tapi tak tau la abang tu bukak ka tak..
Aina : Na nak nasi ayam dan laksalah..
Aku : Amboi..Anak mama ni makan kalah orang posa..
Aina : Na pun posa jugak..
Aku : Tadi kan mama suap nasi kat Na..
Aina : Gelak besar..
Pastu Aina keluar semula.. Kemudian dia datang balik.
Aina : Mama..mama..Na lapaq KFC la..
Aku : Tadi nasi ayam..pastu laksa..ni KFC pulak..
Aina : Na lapaq semua la..
Aku : Ok..oklah..nanti mama beli..
*Teringat kat sorang officemate ni..tiap-tiap hari asyik merungut lapar itu..lapar ini..boleh katakan sepanjang hari puasa. Bukan saja puasa bulan Ramadhan..pendek kata, setiap kali puasa..
Tapi hari Ahad tu, aku tak sempat pun semua tu untuk Aina sebab mak aku dah masak kat rumah. Lagipun, adik dan adik ipar aku balik. Rumah riuh rendah dengan anak-anak sedara..
Pagi kelmarin, bila Aina mintak lagi laksa..aku penuhi keinginan dia tu. Sebungkus nasi ayam dan laksa. Mula-mula Aina makan laksa kemudian makan pulak nasi ayam..Kedua-duanya habis..Aina..Aina..tapi tak baik tegur bila anak tengah lalu makan..Itu pantang mak aku..
Memang Aina hantu laksa. Mau taknya, masa pregnant kat dia dulu, aku bedal laksa seminggu sekali.. Kadang-kadang aku campur kuah kacang dan tauhu..sedapnya tak terkira..tak caya, trylah..
*Susahkan bila guna HP tak ada camera..tak dapatlah nak ambik gambar..Agak-agak, fobia dah hilang ke belum ye..Dulu HP N70 aku dah kena rembat dek penyangak..bukan saja HP sekali dengan motorsikal aku..HP tu aku letak bawah seat motorsikal..

Aina
Friday, August 13, 2010
195. Kenangan Bulan Puasa
Tak ingatlah bila aku start puasa. Yang aku ingat time puasa masa sekolah rendah dulu. Balik je dari sekolah, mesti mandi air telaga tok aku. Rumah tok aku depan je rumah aku. Telaga tu telaga lama yang diguna sebelum ada air paip. Time tu air masih banyak dan bersih. Sanggup cedok air tu. Memang nikmat bila kena air telaga yang sejuk tu..
Ni masa time sekolah rendah jugak. Aku suka mandi dengan air ais yang dalam botol. Curi-curi ambik dari peti ais lepas tu bawak masuk bilik air. Jirus kat badan. Tak pun ambik air batu letak dalam kolah air. Bila dah sejuk sikit, aku pun mandi.
Masuk sekolah menengah dah tak buat semua tu. Cuma curi-curi makan time uzur. Selalunya makan dalam bilik. Makan nasi lagi sebab masa tu ada adik-adik kecik, jadi mak kena masak jugaklah untuk adik-adik. Selalu juga kantoi time tengah bawak nasi tu. Tapi tak pernah la lagi terserempak dengan arwah bapak aku.
Kat tempat keje dulu, masa tu keje kilang..yang jadi mangsa kawan-kawan bangsa lain. Kadang-kadang suruh depa turun beli kat kantin. Tapi kalau ada geng, bawak bekal dari rumah. Time break je, berkumpul ramai-ramai dalam stor. Yang tak tahan tu bila bawak murtabak. Baunya tak usah dicakap. Semerbak. Dah la dalam aircond, bau dia semerbak ke luar.
Tapi yang paling best berpuasa masa pregnant kat Aina. Alhamdulillah..masa tu aku puasa full. Walau ada jugak beberapa orang yang larang aku sebab masa tu dah pregnant 7 bln..tapi aku tetap berpuasa jugak. Tanpa sebarang masalah...Cuma bila time makan tu, si Aina tendang-tendang perut. Bukan la nak siksa Aina tapi selagi tak mudarat aku tetap teruskan niat aku. Itulah Ramadhan paling indah aku rasakan..
Sekarang ni, walau tak boleh puasa..aku dah tak makan..Kat ofis ni, memang boleh makan tanpa sorok-sorok sebab staff kat warehouse ni cuma 8 orang je. Tapi aku segan la nak makan. Biarlah orang lain order nasi kandar, makan macam tak bulan puasa..aku tak mau menunjuk sangat..Kat rumah pun, aku tak makan cuma minum air je..

Aku
194. Aina..Aina..
Masa tengah tunggu waktu berbuka, Aina yang tengah bermain kat dalam bilik datang kat aku. Dia duduk depan aku.
Aina : Mama..mai jari mama..
Aku : Nak buat apa?
Aina : Mai la..
Aku : Sua jari kat dia
Aina : Ni cincin kawin mama..nanti abah bubuh kat mama macam ni lah..( Aina sarung cincin silver aku..dia ambik dalam almari agaknya..)
Aina : Nanti Na suruh abah beli cincin lain..
Aku : Beli yang mahal-mahal tau..macam ni tak mau..( saja usik dia )
Aina : Mama nak kawin dengan abah tak?
Aku : Mmm..tak maulah..
Aina : Abah Na ada kereta..ada duit..
Aku : Tak mau jugak..mama pun ada duit..
Aina : Kawin jugak..( Nak nangis )
Mak aku : Mak dia ni pun..mengaku pi lah..
Aku : Yalah-yalah..
Aina : Nak kawin tak pa.. ( tersenyum puas )
Categories
Aina
193. Ujian
Ya Allah Ya Tuhanku..
Seandainya ini ujian pertama untuk Ramadhan ini
Aku memohon kepadaMu
Kau jauhkanlah perasaan ini dariku
Kerana pada hari Kau tetapkan
Kosongnya hati dan perasaanku
Aku terima semuanya dengan redha..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Seperti mana hari-hari yang berlalu itu
Aku tetap mahu perasaan itu sama
Kerana pasrahnya aku menerima takdir itu
Telah ku berjanji Ya Allah..
Menghapuskan semuanya dari hatiku..
Ampunkan aku Ya Allah..
Categories
Soal Hati
Thursday, August 12, 2010
192. Berbuka
Berbuka kelmarin dalam sunyi dan sepi. Hanya mak, Aina dan aku saja. Adik beradik yang lain ada yang dah kawin, ada yang berbuka kat masjid dan ada yang tinggal hostel. Selalunya waktu berbuka ni lah paling riuh rendah dengan gelagat yang pelbagai. Mungkin hari minggu ni kot depa akan balik..
Aku cuma beli Nasi ayam untuk Aina dan Nasi Ayam Merah untuk mak. Aku hanya makan Fishball goreng bersalut tepung. Selalunya, mak akan masak walau penat balik dari keje tapi kali ni cuma beli. Nasib baiklah ada Aina. Mulutnya yang tak henti-henti bercakap tu lah penyeri suasana. Mungkin, macam ni jugalah yang dirasakan oleh ibu bapa yang anak-anaknya jauh. Sunyi.
Hari ni, suasana tu akan dilalui lagi..
Categories
Family
Wednesday, August 11, 2010
191. Gambar Lama
Tadi, masa tengah ada customer visit..aku sajalah korek email lama tahun 2008. Kononnya tengah buat keje la..Sekali terjumpa gambar lama ni.
Gambar ni masa aku dan beberapa orang officemate bawak sorang staff Singapore pi Padang Kota dan Night Market Batu Ferringhi.
Yang ni Penang Starwalk 2008. First time join. Tapi dapat jugak habiskan 10km dalam tempoh tak sampai 2 jam..
Celebrate Birthday boss aku..Yang baju biru tahun 2008 jugak. Kuruskan aku time tu...
Yang ni pulak time aku tengah maintain lagi...nampak kan perbezaan..time ni slim la sikit..Masa ni tumpang meja officemate ambik gambar kononnya tengah buat keje. Gambar ni HR yang nak. Tahun 2008 jugak. Ala rindunya nak maintain balik macam ni...
Sekarang ni macam-macam dah buat tapi still tak boleh nak balik macam dulu. Ataukah time tu masih dihurung rasa luka sampai aku kekal ayu dan mungkinkah sekarang dah terlampau bahagia hinggakan 'comel' macam ni...hehe..

Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 9, 2010
189. Aina
Dialog petang kelmarin..Masa tu Aina tengah sembang dengan ex. Aku perhati je dari jauh.
Aina : Abah..abah keja dak esok?
Ex : Keje la..
Aina : Keja malam?
Ex : Hanya mengangguk
Aina : Abah nak tidoq sini dak? Tidoq dgn Aina..tidoq dgn mama..
Ex : Mana boleh..abah keja..
Aina : Abah mai la tidoq sini..Bawak baju..kalau tak bawak, pakai baju mama..
Ex : Abis tu sapa nak tidoq rumah Tok Kiah
Aina : Kan abah dah tidoq hari-hari rumah Tok Kiah..tidoq la rumah Na pulak..
Ex : Nantilah..abah kan keja ( sambil garu kepala..padahal bkn gatal pn..tgh cr alasan la tu )
Aina : Nanti Na srh mama cari abah baru..baru abah tau..lagi hensem..ada kereta besar..
Ex : Tersengih..
Wah, Aina..dah pandai ugut..Anak aku ni..Mulut memang boleh tahan..Kalau bercakap, memang tak ada lapik-lapiknya. Jenuh melayan..
Categories
Aina
188.
Semalam, bersembang dengan mak pasal adik lelaki aku. Banyak keraguan timbul pasal kes dia sakit sebulan lepas. Actually, dia ada GF..depa dah kawan since 2004 macam tu. Tapi disebabkan adik aku ni suka bertukar keje, mak tiri GF dia ni tak berapa suka la dengan adik aku. Dah tu ditambah mak ngah aku pulak keje dengan mak tiri GF dia ni..banyak la cerita tak elok tentang family aku disampaikan.
Sebulan lalu, adik aku mengadu kat mak aku yang dia sakit sangat dalam perut. Memang suspect apendix. Dia batuk keluar darah sehingga satu malam tu, dia jatuh pengsan dan bila dia sedar dia mintak ampun kat mak aku. Tapi Alhamdulillah, semuanya dah ok. Esoknya dia pi mintak air tawar kat sorang imam surau sebab dia memang tak mau pi hospital. Aku dan mak aku tak tahu la apa yang imam tu cakap.
Lepas dari tu, adik aku ni dah rajin solat, selalu ikut imam tu pi masjid baca Yassin. Pendek kata dah berubah. Alhamdulillah..mak aku pun bersyukur. Sekurang-kurangnya sakit itu ada rahmatnya.
Baru-baru ni mak aku keluar makan dengan adik aku dan GF dia tu. Nampak sangat perubahan depa. Depa dah jadi macam orang asing. Dengan mak aku pun, GF dia dah tak semesra dulu. Jumaat lepas mak aku ada tanya kat attendan hospital ( mak aku keje kat hospital ) pasal penyakit adik aku. Depa cakap, kalau dia betul-betul ada apendix ke..gastrik ke..dia akan sakit berterusan sebab dia tak buat rawatan apa-apa kat hospital.
Semalam, mak macam syak yang mak tiri GF dia tu dah 'mandrem'kan adik aku. Bukan nak tuduh tapi sejak adik aku sakit sampai sekarang, depa dah renggang. Macam dah tak kawan. Kebetulan baru ni, GF adik aku call aku guna HP sapa ntah dan dia pesan kat aku supaya rahsiakan no tu dari adik aku.
Bila fikir logik, mak aku terasa sangat sedih. Mak aku nak jumpa anak angkat dia yang pandai hal ni. Bukan nak balas dendam, cuma nak tahu betul atau tak yang adik aku dah di 'mandrem' supaya dia dan GF dia benci satu sama lain dan berpisah. Aku juga sedih dengan hal ni sebab aku tengok sendiri kesakitan yang adik aku tanggung..Aku tengok sendiri dengan mata aku waktu dia jatuh pengsan dan mintak ampun kat mak aku. Dan semalam, aku nampak kesedihan dalam mata mak aku...
Kalau tak suka tak payah la buat semua ni. Tuhan pun tak restu. Ada banyak cara lain lagi. Yang paling kesal sikap Mak Ngah aku yang suka memperlekehkan sedara sendiri. Sebab Mak Ngah aku pernah hantar anak dia untuk buat spot check samada GF adik aku tu ada ke tak kat rumah aku..
Apa pun, aku bersyukur dengan perubahan adik aku tu..Moga perubahan dia mendekatkan diri dengan Tuhan berterusan sampai bila-bila..Amin..

187. Emo Pagi Isnin
Baru tersedar yang 3hb Ogos dah berlalu..Bukan nak emo sangat tapi kenyataannya memory is memory..takkan pernah padam dalam ingatan. Yang berlalu memang takkan berulang. Sekadar mengimbas segalanya..
Pada hari tu..tepat 2.30pm termeterilah ikatan sepasang anak Adam dan Hawa demi membuktikan pada seluruh dunia yang selama ini cinta mereka tulus suci. Ijab dan kalbu bukan hanya satu lafaz tapi adalah sebuah sumpah dan janji..
Dan 10hb Ogos 2003 itu..bersimpuhlah mereka di pelaminan indah..Disaksikan seribu mata dalam tangisan restu si ibu..Walau sederhana namun majlis di kampung penuh meriah menghimpun sanak saudara jauh dan dekat..seluruh kampung memerah keringat bergotong royong...Usik senda gurauan yang tua dan muda..sorakan kanak-kanak riang berkejaran mengamatkan suasana..Dan bermulalah sebuah kehidupan baru...tanggungjawab yang baru. Semuanya serba indah..
Namun semua itu sudah berlalu..hanya tinggal kenangan...Dan akan menjadi sejarah yang terlakar di dada kertas buat Aina bila dewasa nanti..Kerana anak Adam dan Hawa itu adalah mama dan abah Aina..Moga nanti Aina mengerti bahawa tidak ada seorang manusia pun ingin rasa luka itu tapi jika jalan itu yang terbaik..pilihan terpaksa dibuat..Cinta tak memungkinkan untuk hidup bersama selamanya..Dan kerana cinta juga memaksa untuk melepaskan orang yang pernah berada dihati..Yang penting, Aina tetap menjadi nyawa..tetap menjadi segalanya..kerana Aina lahir dari penyatuan cinta dan kasih sayang...
Thursday, August 5, 2010
186. Audit
Tahun ni sekali lagi aku diminta bos aku jadi Auditee untuk Internal Audit bulan Sept ni. Memang satu cabaran tapi inilah peluang aku untuk lebih improve dalam keje. Tahun lepas aku berjaya melepasi Audit tanpa DMR. Harap tahun ni sekali lagi berjaya. Ikutkan memang gementar sebab ini melibatkan department tapi aku sanggup berdepan semua ni..
Aku sedang prepare apa yang patut sebab Auditor adalah dari department lain. So, depa boleh korek kelemahan-kelemahan department aku..Caiyok..I know I can do it!
Categories
Kerja
Wednesday, August 4, 2010
185. Remove FB
Aku baru perasan ada sorang member sekolah REMOVE aku dari list friends dia. Aku takkan tersentap tapi hairan jugak aku sebab selama ni aku tak pernah masuk campur apa jua hal dia dan ex wife dia tu. Kalau nak komen pun sekali sekala je, itu pun jika ada perkara yang biasa-biasa saja. Kalau yang over-over tu, aku tak pernah pun komen.
Tak apalah, itu hak masing-masing kan.. Lagipun suatu masa dulu dia pernah bagitau Yus yang aku ni tak layak jadi kawan-kawan depa. Alhamdulillah..aku terima semua ni dengan syukur kerana sekurang-kurangnya aku berdiri teguh di bumi ini bukan di atas sokongan dia. Kebenaran yang dulu menjadikan aku salah dah pun terbongkar dan Yus sendiri dah mengakui bahawa apa yang pernah aku katakan dulu adalah benar. Dan sekurang-kurangnya aku tak pernah berdusta dengan sesiapa pun..
Terima kasih la untuk dia tu..
Categories
Kawan
184. Aina
Setiap petang, lepas balik saja dari rumah mengasuh..Aina akan bermain dengan kawan-kawannya yang terdiri dari kalangan cucu-cucu tok sedara aku dan anak-anak sepupu aku. Aina rapat dengan seorang anak sepupu aku, namanya Kak Cik. Aku tak kisah sangat dengan siapa Aina bermain sebab semuanya sedara-sedara aku juga. Tapi cuma aku tak berkenan sangat dengan sikap Kak Cik ni. Bila dia tak ada kawan, dia akan cari Aina tapi bila dia ramai kawan, dia pinggirkan Aina. Dah tu Aina ni balik nangis-nangis sebab tak ada siapa nak berkawan dengan dia. Yang aku cukup marah dengan Aina bila Aina ni sanggup minta maaf kat kawan-kawan dia walaupun sebenarnya Aina tak buat salah apa pun.
Adakalanya aku akan bawak Aina ke kedai. Sampai kat kedai, siap ingat lagi nak beli sama kat Kak Cik tu. Nak beli pulak yang sama macam dia beli. Drumstick dan Swiss Roll. Bukan la nak berkira sangat. Tapi kalau tiap-tiap hari macam ni...parah jugak la aku.. Kali ni aku berkeras jugak la. Dah tu kalau ex datang bawak makanan apa-apa, Aina nak hantar jugak kat Kak Cik tu. Padahal orang makan apa pun langsung tak ingat kat dia. Aku bukan nak berkira bab makan ni. Selama ni pun, selalu jugak aku beli sama untuk budak-budak lain tapi ni dah terover lah pulak.
Mak aku marah jugak kat Aina kadang-kadang tu. Tapi selalunya mak aku akan cakap :
'Aina turun perangai tok la ni..pemurah..suka bagi orang makan..hehe..'
Categories
Aina
Tuesday, August 3, 2010
183. Result 7 month
Pagi tadi, bos aku panggil. Nak share report preastasi keje 7 bln lepas. Alhamdulillah..seperti biasa, aku still berada di kedudukan teratas berbanding officemate yang sorang lagi tu..Dan ini bermakna aku tak perlu cari reason bila Country Manager tengok result tu. Bila compare dengan Singapore dan Thailand, aku berada dalam stabil..
Tapi tu lah..bila result ni keluar, ada hati yang tak puas hati..bagi aku, sekali pun result aku tak ok, aku takkan iri hati sebaliknya aku akan berusaha dan improve lagi prestasi aku..tapi apa ada dalam fikiran orang tak sama dengan apa yang ada dalam fikiran aku..
Walaupun, aku dah stabil tapi aku takkan berpuas hati sebab aku nak berada di tempat yang tertinggi lagi. Ini cuma pembakar semangat untuk aku lebih berusaha dan lebih lagi belajar semuanya dari pengalaman sekarang. Sebab impian aku untuk ambik degree Mechanical Engineering tak mampu aku laksanakan demi Aina..Namun aku yakin jika aku bekerja keras dan tak pernah putus asa, walau tanpa degree pun aku mampu naik ke 1 tahap lagi..Doa mak akan terus mengiringi aku..Aina adalah kekuatan dan perjuangan aku..Insyaallah..Amin..
Monday, August 2, 2010
Happy 1st Anniversary!!
Actually, date anniversary adalah 1st Ogos tapi tuan punya blog ni boleh pulak terlupa padahal dah add pun kat kalendar..hehe..
Blog ni adalah kesinambungan dari Friendster blog ( dah delete ) tapi kat sini aku lebih banyak berterus terang..aku dah tak berahsia siapa diri aku..Moga aku terus aktif menulis..berkongsi suka duka sebuah perjalanan yang adakalanya lurus terbentang..dan adakalanya sangat berliku...Dan moga suatu hari nanti, bila Aina dah dewasa..dia dapat membaca semua ini..betapa aku sangat sayang kepadanya..dan aku sanggup berkorban apa saja untuk dia walau terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran...
Categories
Soal Hati
181. Shopping
Time gaji, masa untuk habiskan duit. Tapi semuanya adalah keperluan. Shopping keperluan Aina terutamanya. Aku memang suka beli siap-siap untuk sebulan. Senang. Nak cari baju Aina memang agak susah. Walaupun dia baru 4 tahun tapi saiznya hampir sama budak 6 tahun. Baju raya memang aku tak beli lagi untuk Aina sebab nanti tak boleh pakai dah. Aku cuma beli baju untuk dia ke rumah mengasuh saja. Sempat jugak beli baju untuk anak sedara baru. Memang cute sangat baju-baju baby..Teruja tengok tambah-tambah baju baby perempuan.
Temankan Wani ke FILA. Sempat sambar handbag FILA. Tapi bukan untuk aku, untuk Wani. Bulan ni memang tak ada planning untuk beli handbag..lebih banyak ke arah Jamu dan muka. Akhirnya jumpa jugak kain yang dicari. Kain sut untuk baju raya. Sedondon dengan Wani. Cuma design saja berbeza..Ala-ala artis gitu..hehe..
2 hari terasa tak cukup..dari pagi hingga ke petang pun masih ada lagi yang tak sempat beli..Nampak gayanya terpaksa keluar lagi minggu ni..

180. Bergediks dengan Aina
Jumaat lepas aku cuti..Cuti yang TERPAKSA aku apply sebab bos besar suruh apply siap2 cuti untuk setahun. Jadi aku apply la hari dapat gaji..hehe..Planning awalnya nak pi jogging, tapi malas la pulak. So, cuma senamrobik je..Lepas tu bawak Aina ke KFC di BM. Dia nak sangat makan KFC padahal baru minggu lepas mak aku beli kat dia. Sambil makan, mulut dia tak henti-henti bercakap. Satu KFC tu dengar suara dia. Tapi yang paling sweet sangat, bila dia mintak aku suapkan funfries kat dia dan kemudian dia suapkan funfries kat aku..
Lepas je makan, ke kedai kasut..Aina ni pantang nampak kasut. Terus je dia nak. Sempat jugak aku beli VCD lagu untuk kanak-kanak dari salesman. Teringat zaman budak-budak-budak dulu..selalu nyanyi lagu Kebun Pak Mamat, Lagu Tiga Kupang, Can Mali Can..
Petang pulak, aku ke nursery tempat Wani bekerja. Bos dia mintak aku temankan dia sementara tunggu parents datang tengok tempat baru depa. Melayan karenah Aina yang jealous bila aku rapat dengan anak bos Wani tu. Mungkin kerana Aina anak tunggal, sebab tu dia rasa jealous bila aku layan budak-budak lain.
Balik dah pukul 7 malam. Aina letih tapi aku yakin dia puas sebab seharian hari ni aku penuhi semua keinginannya..
Categories
Aina
Subscribe to:
Posts (Atom)